Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari December 8, 2023 @ 4:55pm

Dilabel Pencuri Budaya Indonesia & Terima Ugutan Culik Anak, Ini Respons Nabila Huda!

Sebelum ini, pelakon popular, Nabila Huda berkongsi sebuah hantaran yang memaparkan dirinya menerima ugutan oleh seorang individu untuk menculik anaknya kerana didakwa mencuri budaya Indonesia

Artikel Berkaitan: Didakwa Curi Budaya Indonesia, Nabila Huda Terima Ugutan Anak Akan Diculik

Susulan itu, Nabila atau mesra disapa sebagai Abil tampil memberi respons dengan menyatakan bahawa Malaysia dan Indonesia mempunyai budaya yang serupa.

“Saya pun tak pernah dapat mesej sebelum ini dalam hidup saya walaupun saya pakai kebaya. Bukan kebaya tu memang kita pun pakai jugak ke?

“Benda-benda macam ini kita jangan menjawablah sebab akan berpanjangan, buat bergaduh sesama sendiri padahal kita semua ini tak kisahlah Malaysia atau Indonesia kita semua orang Melayu jadi kita mempunyai budaya yang serupa,” ujarnya.

Turut mengulas mengenai ugutan culik anak yang diterimanya, Abil berkata dia enggan mengambil serius namun akan lebih berhati-hati dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk beri pelindungan.

“Bagi saya, semestinya saya berasa takut. Saya terfikir ada orang ke nak bermusuh dengan kita, ada benda salah ke yang saya buat sampai nak ugut macam ini.

“Tapi, saya fikir balik zaman media sosial ini orang cuma berani untuk bercakap dalam media sosial sahaja tapi tak ada keberanian untuk jumpa cakap depan-depan.

“Jadi, saya tak ambil serius tapi dalam masa yang sama semestinya saya ambil langkah berjaga-jaga dan kena berdoalah supaya tak ada perkara malang yang berlaku dalam hidup kita. Itu je kita mampu buat,” katanya lagi.

Namun begitu, Abil memaklumkan tidak akan mengambil tindakan kerana tidak mahu melayan perkara sebegini dan akan merumitkan lagi keadaan.

“Saya tak nak peningkan kepala untuk pergi siasat cari identiti orang dekat media sosial dan bila dah dapat apa tindakan seterusnya? Buat permohonan maaf pastu tak jadi saman. Benda itu semua memeningkan kepala, rumit. Saya tak suka benda yang rumit bukannya saya tak ambil serius.

“Saya berdoa sajalah. Saya percaya Allah akan melindungi kita semua, semoga dijauhkan daripada perkara sebegitu. Kalau dia buat sekali lagi atau jadi semakin teruk mungkin saya akan ambil tindakan.

“Maafkanlah dia, mungkin dia tak normal ke kurang kasih sayang ke. Orang-orang macam ni sebenarnya yang agresif dekat Instagram banyak budak-budak. Ada jugak orang tua yang mungkin tak berkahwin lagi, tak ada pasangan dia tak ada benda nak buat dalam kehidupan dia,” katanya lagi.

Abil juga memberitahu bahawa puterinya, Keisha Laila tidak mengetahui isu ini dan tidak memberi impak kerana percaya anaknya itu seorang yang matang dan berfikiran terbuka.

“Dia tak tahu benda ni. Saya tak cakap dengan dia tak tahulah kalau dia tahu ke apa. Tapi, Keisha tak berapa ambil port sangat dan kalau dia tahu pun… dia seorang yang matang dan berfikiran terbuka,” tutur Abil.

Nabila ditemui ketika menjalani penggambaran drama baharu yang berjudul Lelaki Itu yang bakal ditayangkan di slot Samarinda TV3 tahun hadapan.

Selain Nabila, drama ini turut dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah, Nur Fazura, Hannah Delisha, Sophia Albarakbah, Nadia Brian dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Jan 2026
Featured Fri, 23 Jul 2021

Tarikh Pembayaran i-Citra Bermula 2 Ogos Ini

Bayaran i-CITRA akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021 ini. Pengumuman itu dibuat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam ciapan terbaharunya hari ini. Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan mengambil masa 1 sehingga […]

Trending Mon, 15 Aug 2022

Duet Spontan Aishah Bersama M.Nasir Buat Ramai Meremang

Vokal penyanyi Datuk Aishah Ariffin memang tak dapat disangkal lagi. Terbaharu, Aishah dilihat sedang menyanyi di sebuah majlis perkahwinan. Apa yang menarik perhatian ialah Aishah dijemput menyanyi bersama Datuk M.Nasir. Dalam video yang dimuat naik […]

Featured Wed, 8 Feb 2023
Featured Fri, 7 Nov 2025

Fasha Sandha Tepis Dakwaan Berhijab Punca Job Makin Kurang  – “Sebenarnya Imej Tidak Mendatangkan Kesan”

Fasha Sandha menegaskan perubahan imejnya bukan punca kurang terima tawaran.

Hiburan Wed, 27 May 2026

Asmaraloka Fest 2026 Kembali Lebih Besar, Raikan Muzik Tempatan Di Ipoh

Antara nama yang bakal membuat persembahan termasuk 6ixth Sense, Iamneeta, Imran Ajmain, Aizat Amdan, Sakura Band, Empty Page, After Midnight dan Jemput Dengar bersama beberapa lagi kejutan yang akan diumumkan kemudian.

Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Nazim Othman Atau Nazimah?

Apa cerita pulak ni…

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Ais Kacang一岁啦!407邀你一起同欢庆

为回馈听众这一年以来的支持,Ais Kacang将于本周六(4月7日),早上10时至晚上8时,在Level G2,West Entrance B,Publika举办欢庆活动,邀大家前来一起同欢共乐。

error: Content is protected !!