Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi December 7, 2023 @ 4:11pm

Ibu Zayn Rayyan Reda, Serah Siasatan Kepada Polis – “Saya Tak Sangka Ia Berakhir Macam Ini”

Ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia selepas hilang lebih 30 jam, Ismanira Abdul Manaf, 28, menyatakan sukar baginya untuk menerima perkhabaran duka yang menimpa anak istimewanya itu.

Menurut laporan Harian Metro, Ismanira berkata dia tidak percaya dengan apa yang berlaku sebaliknya reda dengan pemergian Zayn Rayyan.

“Sampai sekarang saya rasa Zayn masih ada dan tak sangka berakhir macam ini malah saya agak sukar nak terima apa yang terjadi.

“Apa saya nak kata memang Zayn dah tiada (reda)…saya juga tidak boleh tidur sejak malam tadi.

“Saya tidak sangka ia berakhir macam ini dan saya juga tak boleh nak komen lebih kerana emosi masih tidak stabil,” katanya.

Ismanira turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat serta menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

“Saya juga berharap polis menyiasat kejadian ini lebih lanjut lagi.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan Zayn,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Zaim Ikhwan Zahari, 28, berkata, sebaik selepas proses bedah siasat jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

“Kami bercadang untuk melakukan solat jenazah di Masjid Damansara Damai dan akan mengebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9 Kota Damansara.

“Saya difahamkan proses bedah siasat ini mengambil masa empat jam dan selepas itu jenazah anak akan dibawa ke masjid,” katanya.

Terdahulu, Ismanira dilaporkan berkata, sebelum kejadian dia mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) dan pulang ke rumah.

Katanya, sebaik tiba di kawasan perumahan anaknya itu secara tiba-tiba meragam dan mahu bermain buaian di taman permainan.

“Saya turuti permintaannya dan menunggu dia bermain buaian selama beberapa minit sebelum memujuknya naik ke rumah kerana saya perlu memasak serta menyiapkannya untuk dihantar ke rumah pengasuh.

“Ketika menaiki tangga, saya memegang barang basah yang baru dibeli dan beg sekolah sementara Zayn menuruti saya dari belakang.

“Namun selepas beberapa langkah saya memanggil namanya, dia tidak menjawab dan apabila saya toleh lihat dia sudah tiada,” katanya.

Semalam, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, Sungai Buloh, selepas dilaporkan hilang lebih 30 jam.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 27 Apr 2020

Benarkah Penularan Wabak Covid-19 Bakal Berakhir Mei Ini?

Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik!

Featured Tue, 7 Mar 2023
Featured Wed, 29 Mar 2023
Trending Thu, 4 Mar 2021

Individu Potong Giliran Terima Vaksin Berdepan Kompaun RM50,000

Jujur dan amanah kan mencerminkan peribadi anda

Trending Wed, 3 Apr 2019

Misteri Kehilangan Acap, Dipercayai Disorok Makhluk Ghaib Di Gua

Sesetengah natizen yang dipercayai mempunyai “ilmu” memberitahu lokasi Acap dan sebab mengapa lelaki itu hilang.

Trending Mon, 30 Apr 2018

Suami Buat Muka Selamba Buang Kepala Isteri Dalam Tong Sampah. Kejamnya!

Sudahlah kepala isteri dipenggal, seorang lelaki dirakam berjalan dengan aksi muka selamba di lorong-lorong kecil sambil memegang kepala mayat isterinya.

Hiburan Fri, 18 Oct 2024

Pakai Topi Huruf ‘R’, Penampilan Aliff Aziz Curi Perhatian

Topi Aliff huruf ‘R’, bagi hint ke tu? 👀

Hiburan Mon, 24 Jul 2023
error: Content is protected !!