Hiburan By: Syamir Shafie December 7, 2023 @ 8:56pm

Misi Membantu Calon SPM Ubah Gred G Kepada A

PTTI Pecutan Akhir SPM akan bersiaran secara langsung di ntv7 bermula 9 Disember 2023, setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi sebanyak 16 episod. Ikuti pembelajaran dan teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan SPM untuk mata pelajaran teras dan aliran Sains iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia daripada barisan tenaga pengajar PTTI yang berpengalaman.

Untuk merealisasikan kolaborasi ini, sidang media ‘PTTI Pecutan Akhir SPM telah berlangsung di Theatrette, Sri Pentas Bandar Utama pada hari ini. Hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Datuk Mohd. Efendi Omar; Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Seelan Paul; Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman serta duta dan ikon PTTI iaitu Iman Troye dan MK K-Clique.

Seelan Paul, Ketua Pegawai Eksekutif ntv7 berkata, “Kami amat mengalu-alukan kolaborasi sebegini untuk mempelbagaikan lagi program pendidikan dan kandungan didik hibur di ntv7. Kami berharap penonton ntv7
terutamanya calon-calon peperiksaan SPM 2023 akan mendapat manfaat besar daripada program ‘PTTI

PTTI Pecutan Akhir SPM 2023′ yang memperkenalkan cara pembelajaran mudah, ringkas dan menyeronokkan.”

“PTTI merupakan platform pendidikan dalam talian di Malaysia dengan formula dan teknik menjawab peperiksaan yang terbukti berjaya membantu pelajar meningkatkan gred peperiksaan menerusi pembelajaran mudah dan ringkas.

“Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan akses pendidikan berkualiti tetapi juga membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik.

“Menerusi kolaborasi dengan Media Prima Berhad dimana ntv7 sebagai platform, saya percaya dapat membantu lebih ramai pelajar dan menaikkan lagi jumlah pelajar peroleh semua A di Malaysia di SPM 2023 ini,” kata Siti Farhana Abu Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI,

PTTI Pecutan Akhir SPM’ 2023 dikendalikan oleh tenaga pengajar PTTI yang berpengalaman iaitu Muhammad Faizul bin Abd Hamid (Dr Faizul), Siti Farhana binti Abu Osman (Miss Fana), Race Monsopiad Moujing Moujing Jr (Sir Race), Amirul Asyraf Mustafakamal Shah (Sir Berg), Khairul bin Kamaruddin (Mr. K), Asrin Haikal bin Amir Hamzah (Sir Asrin), Hafiy Hanani Sarju (Miss Hanani), Muhammad Dzulfahmi bin Salehuddin (Sir Fahmi), Mohd Rashdan Bin Fauzan (Sir Rashdan), Muhammad Rozi bin Zulamran (Sir Rozi), Khairul Hamidi bin Khairul Anuar (Sir Midi), Umi Nazira Bt Mohd Yunan (Miss Umi), dan Nur Lahaniz binti Daud (Miss Neez).

Mereka akan mengajar teknik-teknik menjawab berdasarkan analisis soalan percubaan SPM dari setiap negeri di Malaysia.

Di studio, tenaga pengajar PTTI juga akan berinteraksi secara langsung dengan pelajar-pelajar yang dijemput hadir ke studio untuk membantu mereka untuk memahami, menguasai dan cara untuk skor peperiksaan SPM.

Pelajar-pelajar yang dijemput ini secara tidak langsung dapat merasai pengalaman pembelajaran yang dikeudarakan secara langsung menerusi platform televisyen.

PTTI turut mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar memperoleh semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 (‘Most Straight A’s SPM Students In A Tuition).

Diharap dengan adanya kolaborasi ‘PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 dapat memberi manfaat kepada pelajar SPM dan sekaligus mendapat keputusan yang cemerlang.

Kepada pelajar yang bakal menduduki SPM 2023, saksikan ‘PTTI Pecutan Akhir SPM’ setiap Sabtu dan Ahad bermula 9 Disember 2023, jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Siaran ntv7 juga boleh diikuti secara langsung menerusi siaran tonton Live TV dan XTRA Live TV, myfreeview CH107, Astro CH147, unifi CH107, dan secara maya menerusi platform digital YouTube @ntv7MALAYSIAOfficial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Hiburan Sat, 10 Nov 2018

“Baiklah Saya Akur Ini Salah Saya Tapi Lihatlah Mesej Yang Baik Ya!”

“Ya, Saya Salah Tapi Ambillah Mesej Yang Baik”

Featured Thu, 24 Jun 2021

Bantuan PPN Dalam Proses Perincian

Kementerian Kewangan akan terus memantau dan memperincikan bentuk bantuan lain yang akan disalurkan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata perbelanjaan bagi bantuan yang bakal disalurkan tersebut berdasarkan baki […]

Hiburan Fri, 1 Nov 2019

大马爵士女伶May Mow推首张个人专辑!1206办个人售票演唱会

大马新生代爵士女伶May Mow媚毛出道13年终推首张个人专辑!同时也在记者会上宣布将举办演唱会,齐邀大家见证她音乐路上的点点滴滴。

Trending Fri, 16 Feb 2018

JUMPA DOMPET DI PETRONAS, LIHAT APA LELAKI INI LAKUKAN!

Dalam status berkenaan, Izz meminta rakan-rakan di laman Facebook beliau untuk menjejaki pemilik wallet berkenaan dan meminta status itu diviralkan. Hasilnya? Lihat gambar di atas.

Hiburan Fri, 26 Oct 2018
Hiburan Tue, 9 Aug 2022
Trending Wed, 28 Aug 2019