Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 8, 2023 @ 2:38pm

Cincin & Gelang Emas Dah Dipulangkan, Zarina Zainuddin Serah Jodoh Anak Pada Takdir… Mohon Maaf Kongsi Video Kekasih Azal Tak Bertudung

Pelakon, Zarina Zainuddin seakan reda apabila anak istimewanya Azal Azrai bersama wanita kelahiran Indonesia yang dikenali sebagai Rahmah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zarina berkata Rahmah memulangkan semula cincin dan gelang pemberian Azal atau nama lengkapnya Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan kerana anaknya itu dikatakan tidak pandai bercinta.

Pemberian semula cincin dan gelang emas itu seakan meletakkan titik noktah dalam hubungan cinta Azal dan Rahmah, namun Zarina reda anaknya itu tiada jodoh dengan wanita tersebut.

“Patutlah Rahmah pulangkan cincin dan gelang yang Azal kasi .. Azal tak pandai bercinta.. dia sayang tapi dia tak pandai nak balas balas mesej.

“Saya pun dah redho jer lah biarlah azal dengan saya selamanya,” ujarnya.

Namun begitu, perkongsian Zarina yang telah memuat naik video Rahmah tidak bertudung dalam hantaran tersebut turut mengundang pelbagai respons pengikutnya di Instagram.

Rata-rata pengikutnya bersimpati atas nasib Azal namun turut tidak bersetuju Zarina didakwa mendedahkan aib Rahmah sedangkan wanita tersebut memulangkan pemberian anaknya dalam cara yang baik.

Di ruangan kapsyen Zarina menjelaskan Rahmah masih belajar dan belum sepenuhnya memakai tudung.

“Rahmah hantar video .. maaf video ni free hair. Rahmah masih lagi on off pakai tudung.

“Insya-Allah semuga Allah permudahkan. Untuk sayq, saya tak mengharapkan apa-apa lagi.

“Ada adalah, tak ada pun saya terima takdir anak saya.

“Rahmah dah balik ke Indonesia dia pulangkan barang cuma kenangan manis tetap bersemadi selamanya..

“Terima kasih Rahmah tetap hadir membahagiakan Azal walaupun sementara.. kami sayang Rahmah,” katanya lagi.

Zarina Zainuddin

Zarina Zainuddin

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA hantaran tersebut telahpun dipadam.

Selepas memadam perkongsian tersebut, kini Zarina dilihat telah memuat naik hantaran baru memaparkan perbualan Azal bersama Rahmah dan memohon maaf atas kekhilafannya sebelum itu.

“Saya dah delete dah video . khilaf saya maafkan saya ..

“Saya post yang ini .. mungkin Azal tak faham maksud Rahmah .. dia iya iya kan saja ..

“Dah laa Rahmah tu baik saya pun dah jatuh sayang dengan dia.. kalau ada jodoh adalah kalau tak ada saya jaga lah Azal selagi nyawa,” tulisnya.

Zarina Zainuddin

Sebelum ini, Zarina yakin bahawa Azal mampu menggalaskan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Azal dan Rahmah dikatakan mula berkenalan dan mula rapat ketika sama-sama terlibat dalam beberapa ekpso perniagaan di Singapura.

Artikel Berkaitan: Sedang Mengenali Hati Seorang Wanita Indonesia, Zarina Zainuddin Percaya Azal Mampu Jadi Suami Bertanggungjawab

Artikel Berkaitan: Jalani Hidup Bermadu, Zarina Zainuddin Kongsi Pandangan Isu Poligami – “Isteri Kena Reda & Tahu Tempat Dia…”

Artikel Berkaitan: “Ramai Je Artis Buat Tapi Tak Mengaku!”- Zarina Zainuddin Respons Tuduhan Buat Hidung, Tempelak Netizen ‘Kaki Penyibuk’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Dec 2017

Perkahwinan Ke-Empat Harap Kekal Hingga Akhir Hayat

Mencari wanita yang benar-benar serasi dengannya dimana perkenalan selama lima tahun itu akhirnya berakhir dengan hubungan suami isteri

Hiburan Sat, 25 Oct 2025
Featured Tue, 31 Jan 2023

Ameera Khan Kembali Dikritik Netizen, Didakwa Sengaja Tunjuk ‘Aset’

Moga LMK kental hadapi kritikan netizen. Jangan Hilang pula okay!

Hiburan Fri, 17 May 2019

#setulusikhlas: Makcik Cleaner Buat Hari Fikry Ibrahim Lebih Semangat?

Senyum kan percuma…korang dah senyum ke harini?

Trending Tue, 22 Feb 2022

Wah, Baby 22.02.22 Juga! Dapat Baby Boy, Jamal Abdillah Sambut Kelahiran Anak Kelima

Nampaknya tarikh 22.02.22 dimeriahkan dengan kelahiran anak selebriti tanah air! Selepas Kaka Azraff dan Syamel, penyanyi popular tanah air, Datuk Jamal Abdillah, 63, turut menyambut kelahiran anak kelimanya bersempena tarikh istimewa hari ini. Isteri Jamal, […]

Hiburan Mon, 21 Apr 2025
Hiburan Sat, 1 Dec 2018

Usop Terkejut Muzik Video Aku Yang Bersalah Dapat Sambutan Hangat

Minggu pertama klip video Aku Yang Bersalah ditayangkan, ia mendapat sejuta tontonan seterusnya mencatatkan peningkatan setiap minggu.

Featured Mon, 14 Nov 2022

[VIDEO] Keakraban Nourul Depp Dengan Bapa & Mak Mertua Curi Perhatian Ramai – “Mesra Sangat!”

Bestnyaa bersantai luangkan masa bersama keluarga tersayang! Cantik rumah Nourul di Bali 🤩🤩

error: Content is protected !!