Euforia Bola 2026
Drama By: Padin December 15, 2023 @ 10:33am

Kenali Barisan Watak Kaum Hawa Yang Mewarnai Kisah ‘Alice Kampung Baru’

Membina kehidupan di penempatan baharu bukanlah perkara yang mudah. Itulah cabaran yang perlu ditempuhi oleh Alice dan ibunya, May, dalam siri Tonton Original terbaharu yang berjudul ‘Alice Kampung Baru.’

Siri ini memperlihat semangat jitu kedua-dua beranak ini. Matlamat utama May berpindah ke Kuala Lumpur adalah untuk mencari suaminya yang telah berpisah dengannya sebelum Alice dilahirkan. Perpisahan mereka itu tidak dimeterai dengan perceraian. Oleh demikian, May ingin mendapatkan perceraian yang sah agar dia boleh meneruskan kehidupannya. Penghijrahan mereka ke ibu kota mencetus pelbagai dugaan. Namun, siri ini memaparkan kecekalan watak-watak ini serta beberapa lagi watak kaum Hawa yang lain.

#1 Alice (Amelia Christie)

Alice merupakan cahaya mata kepada May. Namanya diberi sempena watak Alice dalam kisah Alice in Wonderland yang amat digemari oleh ibunya itu. Gadis aktif berusia 18 tahun ini amat meminati aktiviti sukan seperti berbasikal dan bermain papan luncur.

#2 May (Sazzy Falak)

May adalah seorang ibu yang amat penyayang. Dia pernah berkahwin pada usia muda iaitu ketika dia berumur 18 tahun. Namun, terdapat cabaran yang menyebabkannya tidak membesarkan Alice dengan insan bergelar bapa. Alice seorang yang peramah dan suka memasak.

#3 Siska (Sharifah Rose)

Siska merupakan salah seorang rakan baharu Alice di Kampung Baru. Siska adalah seorang gadis yang periang dan kelakar. Dia juga gemar bereksperimen dengan fesyen.

#4 Ria (Seera Kamal)

Ria juga seorang yang periang. Personalitinya itu juga sentiasa membangkitkan suasana riuh. Namun, di sebalik gelak tawa, dia juga berhadapan masalah dengan keluarganya sendiri.

Cerita Apa? ‘Alice Kampung Baru’
Di Mana? Strim eksklusif HD di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 13 Jul 2023
Drama Tue, 10 Feb 2026

“Makan You Je Lah” – Dialog Manja Uqasha Senrose, Zul Ariffin Dalam ‘Bisik Asmara’ Buat Penonton Resah!

Menerusi perkongsian video pendek di TikTok, Uqasha (Noreen) dan Zul Ariffin (Farhan) dilihat duduk bersebelahan di atas sofa sebelum Uqasha mengajukan pertanyaan kepada Farhan tentang makanan yang ingin dinikmatinya.

Drama Tue, 22 Jul 2025
Drama Thu, 23 Nov 2023
Drama Mon, 19 Dec 2022

Tonton Apa Hari Ni: ‘Hati Tanpa Rasa’

Apa rasa hati tanpa rasa?

Drama Thu, 24 Aug 2023
Drama Wed, 5 Apr 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Pontianak 100KG’

Pontianak ini lain daripada yang lain.

Drama Mon, 13 Mar 2023
Drama Sat, 25 Mar 2023
error: Content is protected !!