Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 12, 2023 @ 4:25pm

Tiada Kemampuan Bayar Peguam, Intan Saleh Penat Disaman Gara-Gara Posting Luah Perasaan Di IG – “Mereka Yang Tak Henti Ugut & Hina…”

Perkongsian terkini pempengaruh, Intan Saleh di laman sosial Instagram miliknya mencuri perhatian ramai.

Dalam hantaran dimuat naik pada Selasa, Intan mendedahkan dia banyak menerima kiriman mesej daripada pengikutnya di Instagram memaklumkan ‘mereka’ tidak henti memfitnah dirinya.

“Hari ini masih lagi bertubi-tubi orang DM menyampaikan banyak cerita yang mereka canang tentang kami.

“Bila disaman bonda menangis, tiada hala tuju dan menulis perasaan di laman IG sendiri, dihina, didakwa belum move on. Macam mana nak move on kalau tiba-tiba dapat surat saman?,” katanya.

Sementara itu, Intan atau lebih mesra menggelarkan dirinya sebagai Bonda itu berkata ada pihak mendakwa peguam mewaklilinya itu telah menarik diri daripada menguruskan kes saman.

“Kali ini mereka tuduh pula lawyer bonda dah tarik diri dengan sangat yakin. Bonda sangat terhutang budi dengan peguam Mahmud Jumaat kerana banyak membantu sejak dari awal diserang dengan LOD dan seterusnya saman mahkamah dengan bayaran seikhlas hati.

“Sejujurnya sehingga hari ini tak mampu membayar, dalam hati rasa mahu lari kerana rasa masalah saya ini menyusahkan ramai orang. Tapi bonda tiada pilihan. Saya akan cuba cari pendapatan dan bayar kos laywer yang sangat ikhlas membantu,” ujarnya.

Di hantaran sama, Intan meluahkan rasa kesal apabila luahan perasaannya selama ini dianggap memerli atau dituju kepada mana-mana pihak.

“Sesekali menulis di media sosial tanpa sebut dan bermaksudkan mereka pun saya tetap disaman kerana mereka tahu saya tiada kemampuan untuk mempertahankan diri.

“Kali ini saya disaman kerana beberapa story di IG yang betul-betul kerana luahan hati seorang ibu tunggal waktu itu menguruskan anak sendirian.

“Adakah perlu sehingga menyaman walau saya tidak pernah menyebut nama mereka? Padahal mereka sendiri tidak habis mengugut dan menghina kami. Saya haya berdiam diri kerana sedar diri,” tulisnya lagi.

Intan Saleh

Di akhir perkongsian itu, Intan juga meluahkan rasa syukur terhadap suaminya, Aizam Yahaya kerana tidak henti memberikan sokongan dan sentiasa setia berada disampingnya meskipun dilanda ujian.

Walau tidak menyebutkan nama, ramai pengikut Intan meninggalkan komen dan mendakwa ia ada kena mengena dengan bekas suami serta madunya, Ude Wahid dan Izreen Azminda.

Terdahulu, Intan mendedahkan dia menerima surat tuntutan daripada Izreen dan Ude Wahid.

Sekadar info, kontroveri antara usahawan dan pempengaruh, Intan Saleh bersama pelakon, Izreen Azminda sebelum ini hangat menjadi perhatian ramai di media sosial.

Malah pada Januari lalu, Izreen tampil membuat perkongsian di Instagram mendakwa dia akan mendedahkan perangai sebenar Intan.

Isu tersebut muncul selepas Izreen mendakwa Intan masih belum boleh melupakan bekas suaminya, Ude Wahid.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menangis Teresak-Esak, Intan Saleh Serik Dibuli & Dituduh Masih Belum Move On – “Serabut! Boleh Jadi Gila”

Artikel Berkaitan: Intan Saleh Lantik Peguam Terkemuka, Dedah Bekas Suami & Izreen Azminda Hantar Surat Tuntutan

Artikel Berkaitan: Nafi Lari Dari Masalah, Intan Saleh Ajak Izreen Azminda Berjumpa – “Dah WS, Tapi Masih Tiada Respons”

Artikel Berkaitan: “Kes Mahkamah Hampir Selesai” – Bakal Beri Kenyataan Rasmi, Izreen Azminda Mohon Ruang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Dec 2019

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Marsha Milan!

Selamat Harijadi kepada penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh yang menyambut ulang tahun yang ke-34 hari ini dan telah memuat naik foto bersama kek harijadinya sambil mendukung seorang anak kecil di dalam satu entri di instagram […]

Hiburan Thu, 4 Apr 2019
Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Status Twitter Beri Bayangan Ariana Grande Masih Belum Move On?

Orang perempuan ni selalunya memang setia sampai akhir hayat, korang setuju tak?

Hiburan Tue, 22 Oct 2019

网红Reiiko陈舒颐苦尽甘来!获颁亚洲网红大奖

网红Reiiko陈舒颐经营社交平台六年,苦尽甘来获颁「亚洲网红大奖」备受肯定!

Featured Mon, 13 Jun 2022

[VIDEO] “Terbaik Pejuang Islam Al-Quds..” – Akibat Dedah Aurat Paha, Segmen ‘What Is On The News Today?’ Kini Makan Diri Caprice?

Sesuai dengan peribahasa ‘Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia yang Lebih’ ke ni gais? 🤔🤔🤭

Trending Wed, 21 Nov 2018

Sindir Suami Di Instagram Sehingga Didakwa Kurang Ajar, Datin Alyah Akui Hilang Sabar!

Alyah akui pura-pura bahagia, minta netizen jadi isteri Ramli MS sehari.

Trending Wed, 2 Dec 2020

Rayuan GKP 2.0 Dibuka Bermula 7 Disember Ini

Buat yang ingin memohon Geran Khas Prihatin 2.0

Trending Tue, 6 Apr 2021
error: Content is protected !!