Euforia Bola 2026
Acara By: Atiqah Johari December 13, 2023 @ 10:12pm

Lakar Sejarah! Pasukan Dashing Bekpes Hot FM Menentang JDT FC Dalam Perlawanan Persahabatan Di Stadium Sultan Ibrahim

Stesen Radio No.1 di Malaysia, Hot FM, mencipta sejarah baharu sebagai stesen radio pertama yang menganjurkan perlawanan persahabatan bersama pasukan No.1 bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim F.C.

Sejak minggu lalu, Hot FM telah menghangatkan negara dengan kandungan bola sepak sempena perlawanan istimewa ini sebagai salah satu inisiatif untuk mengukuhkan lagi jenama Hot FM sebagai Stesen Radio No.1 di Malaysia serta sebagai penghargaan kepada pendengar setia Hot FM.

Turut menyertai perlawanan ini, Tengku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, memeriahkan suasana bermain dengan pasukan JDT yang disertai oleh bekas pemain JDT, pengurusan dan kakitangan pasukan JDT.

Perlawanan persahabatan di antara Dashing Bekpes Hot ini dijayakan oleh barisan penyampai radio Hot FM iaitu KJ, Johan, AG dan Fizi Ali beserta barisan selebriti dan ikon sukan terkemuka tanah air iaitu Atu Zero, Fizo Omar, Hairuddin Omar (Hai-O), Tomok, Amir Masdi, Achey, Amin Idris (Bro Amin), Shahrol Shiro, Akim Ahmad, Hanif Miswan, Zami Mohd Noor, Zimi Akim & Majistret, Aidil Aziz dan ramai lagi.

Barisan selebriti ini diiringi oleh Shahrom Kalam sebagai ketua jurulatih pasukan Bekpes Hot dan Hamsani Ahmad sebagai pembantu jurulatih.

Tidak ketinggalan penyampai Hot FM seperti Fara Fauzana, Keymi dan Aisha turut sama-sama turun padang bagi memberi sokongan untuk pasukan Dashing Bekpes Hot.

Pendengar Hot FM yang bertuah turut berpeluang menyertai pasukan bola sepak Dashing Bekpes Hot melalui kempen #DashingBekpesHot. Pendengar bertuah dipilih secara rawak berdasarkan penyertaan mereka di media sosial dengan memuat naik video mereka bermain bola sepak.

Acara ini turut diserikan lagi dengan kehadiran pengurusan kanan Media Prima Berhad, termasuk Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Encik Rafiq Razali serta Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Audio, Encik Nazri Noran.

Perlawanan Persahabatan No.1 ini berlangsung pada 13 Disember 2023, Rabu, dari jam 5 petang hingga 7 petang, di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri Johor.

Timbalan Pengarah Rangkaian Kumpulan (Hot FM, Kool 101, Digital), Shah Hayatudin, berkata, “Perlawanan ini mencerminkan komitmen kami untuk terus memperkasa hubungan dengan pendengar dan memperkukuhkan kedudukan Hot FM sebagai pilihan utama dalam hiburan radio di Malaysia. Perlawanan ini juga membuktikan bahawa Hot FM bukan sahaja hanya relevan pada dunia hiburan semata-mata tetapi turut menyokong dan menyumbang sesuatu serta mesej yang positif kepada rakyat Malaysia khususnya buat pendengar Hot FM melalui aktiviti kesukanan.”

Bukan itu sahaja, perlawanan ini turut dihadiri oleh personaliti dan penyampai sukan TV3, Nazri Atari selaku pengulas perlawanan serta disiarkan secara langsung di radio Hot FM.

Untuk info, Hot FM akan melaksanakan satu lagi perlawanan persahabatan bersama pasukan bola sepak Dashing Bros di Kuala Lumpur pada 23 Disember 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Jan 2026
Trending Fri, 10 Jul 2020
Trending Thu, 5 Apr 2018

Padah Minum Alkohol Buatan Sendiri

Sebanyak 16 kematian direkodkan sejak Isnin lalu di sekitar Jakarta manakala lapan kematian dilaporkan di Papua.

Trending Thu, 14 Oct 2021

“Kalau Kurus Sihat Sangat Ke? Perut Besar, Macam-Macam Penyakit Ada!” – Tular Di Twitter, Video Penjelasan Pakar Bariatrik Ini Buka Mata Netizen

Video penerangan pakar perunding pembedahan dan bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher mengenai perbandingan saiz perut individu berbadan kurus yang berpenyakit dengan individu berbadan gempal yang kurang komplikasi meraih perhatian warganet. Penjelasan Dr Mustafa yang terkenal […]

Trending Sat, 30 Jun 2018

Nikah Hanya ‘Ikat’ Tanda, Isteri Ketiga Masih Bersama Keluarganya

Saya mengenali isteri ketiga sudah lama dan saya menyembunyikan pernikahan ini untuk mengelakkan terjadinya perselisihan faham bagi dua isteri lain.

Featured Mon, 17 Mar 2025

Kongsi Foto Keluarga, Rebecca Nur Al Islam Titip Ucapan Istimewa Buat Bonda Rozita – “Semoga Cinta Ini Kekal Abadi”

Rebecca turut berkongsi foto dan video perkahwinan abang sulungnya dan bonda rozita.

Featured Tue, 4 Nov 2025

“Kalau Allah Dah Kasi Titik, Jangan Ubah… Jalan Terus! ” – Aprena Manrose

Tidak mempersoalkan setiap ketentuan yang terjadi adalah cara untuk bergerak terus ke hadapan.

Featured Fri, 26 Jun 2026

“Kalau Betul Nak Jaga Aurat Perempuan Muslim Tak boleh Pergi” – Isa Khan Lantang Ulas Isu Pakaian Gym Wanita 

Isa Khan tampil meluahkan pendapat peribadinya apabila menegur pakaian gim golongan wanita terutamanya yang aktif bersukan.

error: Content is protected !!