Selebriti By: Atiqah Johari December 15, 2023 @ 11:53am

#SFMM38: Pertama Kali Layak Ke Separuh Akhir, Aisha Retno Anggap Diri Sendiri Sebagai Pesaing Terbesar

Penyanyi Aisha Retno merupakan salah seorang peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-38 menerusi lagu berjudul Sutera.

Susulan itu, Aisha berkongsi persediaan yang dibuatnya untuk berentap dengan 29 lagu lain di pentas berprestij SFMM38 buat kali pertama.

Katanya, dia mengekalkan keaslian lagu tersebut seperti syarat yang ditetapkan selain memberi fokus terhadap vokal dan staminanya serta menyelit elemen kejutan dalam persembahan.

“SFMM38 sangat menitik beratkan originality tanpa di apa-apakan pun. Oleh itu, saya lebih menitik beratkan dari segi vokal, stamina disebabkan akan ada elemen kejutan,” kata Aisha.

Dalam pada itu, Aisha berharap dapat memberikan persembahan yang terbaik tanpa meletakkan sasaran. Malah, dia juga menganggap dirinya sendiri sebagai pesaing terbesar untuk lebih menonjolkan bakat

“Saya punya harapan adalah orang suka lagu Sutera versi live dan dapat memberi persembahan yang terbaik. Menang atau kalah, mara atau tidak ke peringkat seterusnya itu hanya Allah yang mampu memberi jawapannya.

“Saya sebenarnya bila masuk SFMM38 ini ingin bersaing dengan diri sendiri, klise sikit tapi betul saya ingin bersaing dengan versi saya yang lama dan baharu untuk menonjolkan lagi bakat dan sebagainya.

“Semua lagu ada kekuatan tersendiri. Kalau nak dibandingkan dan dijadikan persaingan, saya belum arif untuk mengatakan siapa yang menjadi persaingan saya tetapi saya rasa lagu Aina Abdul cukup kuat untuk menjadi salah satu yang bakal beraksi dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) sebab saya juga peminatnya.

“Untuk lagu-lagu yang bergenre sama dengan saya, lagu Faizal Tahir, Jamal Abdillah, Siti Nordiana dan Shiha Zikir boleh dikatakan lagu-lagu yang hebat belaka,” ujarnya.

Lebih membanggakan, Aisha baru sahaja melancarkan album mini diberi nama A.R yang diambil daripada singkatan namanya Aisha Retno.

Antara lagu yang terdapat dalam album mini ini ialah Pencarianku, Ternoktah, Jarak, Sutera, Cukuplah dan Teduh.

SFMM38 menyaksikan 30 buah lagu bekal berentap untuk merebut 12 tempat ke AJL 38 yang akan berlangsung pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

SFMM38 dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile manakala OhBulan!, XTRA dan Seismik merupakan rakan digital serta Hot FM sebagai radio rasmi.

SFMM38 diserikan lagi oleh hos Izzue Islam dan Fiza Frizzy yang akan mengendalikan acara secara langsung pada 15, 16 dan 17 Disember ini jam 3 petang hingga 5 petang di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Sep 2019
Featured Mon, 2 Oct 2023
Hiburan Tue, 5 Jul 2022
Featured Thu, 2 Feb 2023

Tangan Bergetar, Remy Ishak Akui Gugup Jumpa Orang Ramai – “Keadaan Saya Masih Tak Baik, Susah Untuk Jadi Lebih Kreatif…”

Min faham apa yang Remy lalui itu 😢 Semoga semuanya baik baik saja buat hero jejaka Malaya kita nii 💪🏻

Hiburan Wed, 28 Feb 2018

BTS Nominated for ‘Favourite Global Music Star’ and Gains More Recognition!

2017 was an amazing year for BTS but it seems like 2018 will be even better than ever! These boys are truly talented and they deserve the recognition.

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Jangan Bila Dah Tua, Baru Nak Cari Kami

Tambah Zed, dia kecewa dengan segelintir artis yang tidak pernah hadir pada acara yang diadakan Seniman namun begitu ‘galak’ mengkritik menerusi sosial media.

Trending Mon, 16 Nov 2020
Featured Mon, 1 Nov 2021

“Best In The World” – Fasha Sandha Luah Kata-Kata Manis Buat Ibu Mertua

Pelakon jelita, Fasha Sandha meluahkan perasaannya apabila dianugerahkan seorang ibu mertua yang sangat baik dan penyayang. Melalui hantaran gambar yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 37, meluahkan […]