Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 15, 2023 @ 12:00pm

#SFMM38: Nadeera Anggap Ganti Ernie Zakri Sebagai Rezeki Dalam Kerjaya – “Dia Ada Kelebihan & Saya Ada Kekurangan”

Isu penggantian penyanyi di Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38) melibatkan artis popular tanah air, Ernie Zakri untuk lagu Astana ternyata mengejutkan ramai pihak.

Malah, isu tersebut semakin panas apabila segelintir peminat mengkritik Nadeera yang diundang untuk menyanyikan lagu tersebut di pentas SFMM38 nanti.

“Saya terima apa sahaja orang nak cakap. Dia ada kelebihan dia dan saya ada kekurangan saya sendiri.

“Saya hormat Ernie. Dia merupakan seorang penyanyi yang berbakat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:#SFMM38: “Penggantian Penyanyi Lagu Astana Di Luar Pengetahuan Saya” – Ernie Zakri

ARTIKEL BERKAITAN:#SFMM38: Syarikat Rakaman Beri Penjelasan Mengapa Nadeera Dipilih Ganti Ernie Zakri Nyanyi Lagu Astana

Memetik laporan mStar, Nadeera yang tidak mudah melatah dengan kecaman yang diterima sejak isu tersebut tular, bagaimanapun bersedia dengan segala keputusan termasuklah niat Ernie yang mahu menarik diri jika kata sepakat gagal dicapai.

Selain itu, dia menganggap tawaran yang diberikan sebelum ini merupakan satu rezeki dalam kerjaya seninya.

“Saya diundang untuk menyanyikan lagu tersebut dan saya anggap ia sebagai rezeki dalam kerjaya seni saya. Pasti saya akan lakukan yang terbaik.

“Namun, apa sahaja keputusan tentang pencalonan lagu itu, saya terima dengan baik,” jelasnya.

Terdahulu, Ernie menjelaskan pihaknya tidak diberi maklum berkenaan penggantian penyanyi untuk lagu Astana, serta tidak menerima sebarang surat rasmi daripada mana-mana pihak.

Tegasnya, sebagai salah satu komposer dan penulis lirik bersama dengan Omar K, Syamel dan Shazriq Azeman, dia berhak untuk menarik diri daripada bertanding dalam SFMM38 menerusi kenyataannya dalam sebuah video yang dimuat naik di platform Instagram miliknya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN:#SFMM38: “Tak Pernah Cakap Saya Tak Nak Nyanyi Atau Tarik Diri, Namun…” – Isu Lagu Astana, Ernie Zakri Buka Mulut

Untuk info,SFMM38 menyaksikan 30 karya lagu bakal merebut 12 tempat ke AJL 38 yang bakal diadakan pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

SFMM38 dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

SFMM38 yang dihoskan Izzue Islam dan Fizza Frizzy akan bersiaran secara langsung pada 15, 16 dan 17 Disember ini jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 16 Aug 2020
Events Mon, 23 Sep 2024

Alif Teega, Aisyah Hijanah Dijangka Dituduh Terlibat 10 Kes Salah Guna Dana Awam

Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah tiba di Mahkamah Sesyen pada jam 8.51 pagi hari ini untuk menghadapi masing-masing 10 pertuduhan dipercayai membabitkan salah guna dana awam. Memetik laporan Harian […]

Hiburan Mon, 19 Aug 2024

Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin

Benar, Syamsul telah failkan cerai terhadap Ira pada petang tadi (Isnin) – Peguam Azmi Rais

Featured Sun, 18 Apr 2021

Bayi Dalam Kandungan Meninggal Dunia, Faralyna Akur Takdir Tuhan

Pelakon, Faralyna Idris berdepan dengan ujian yang tidak diduga apabila bayi yang masih dalam kandungannya pulang menemui ilahi. Sehari sebelum umat Islam menyambut puasa, Faralyna kehilangan zuriat ketiga yang diberi nama Muhamad Farid Muhammad Fikri […]

Hiburan Mon, 29 Jan 2024
Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Fazura Sifatkan Tindakan Mengutuk Fizikal Seseorang Sangat Memalukan!

Fazura meluahkan rasa kecewa dengan rakan artis kerana mengaitkan bentuk fizikal seseorang sebagai satu bahan jenaka. Sangat memalukan!

Hiburan Sun, 10 Dec 2017

Konsert Amal Damasutra di Hard Rock Cafe

kemunculan Damasutra kali ini adalah menjayakan misi penting bagi mengumpul dana tabung bantuan Rohingya. 

error: Content is protected !!