Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 15, 2023 @ 1:13pm

“Alhamdulillah… Taat Pada Suami, Rezeki Neelofa Melimpah Ruah” – PU Riz

Pendakwah selebriti Ustaz Haris Ismail atau PU Riz, 28, menyifatkan pelantikan isterinya, selebriti terkenal Neelofa sebagai duta jenama antarabangsa bagi stroller dan kerusi kereta kanak-kanak, Hamilton sebagai satu rezeki.

Riz berkata, dia sentiasa mengingatkan isterinya agar patuh syariah dalam apa juga perkara dibuat termasuk dalam soal penampilan.

“Alhamdulillah, itu rezeki dia dan berkat taat pada suami. Saya percaya, jika kita tetapkan hati dan istiqomah dalam melakukan sesuatu perkara, insya-Allah, segalanya dipermudahkan Allah. Sebagai suami, sudah tentu saya bersyukur dan gembira atas apa juga yang diterima isteri. Itu semua rezeki Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Terkejut Apabila…” – Dilantik Duta ‘Hamilton by Yoop’, Berniqab Bukan Halangan Neelofa Disambar Jenama Antarabangsa

“Secara peribadi, saya sentiasa menyokong apa saja perkara yang membawa kepada kebaikan bukan saja untuk dia dan keluarga tapi juga secara umum. Secara tak langsung, pelantikan isteri sebagai duta adalah bukti penerimaan orang luar terhadap tuntutan agama dan budaya kita,” katanya.

Menurutnya, soal penampilan wanita Muslimah yang tampil berhijab atau berniqab bukan lagi alasan bagi segelintir pihak untuk tidak bekerjasama dengan mereka.

Terdahulu Neelofa yang juga ibu kepada dua cahaya mata dilantik menjadi duta jenama itu pada majlis yang diadakan baru-baru ini.

Menurutnya, jenama yang berasal dari Belanda itu mula ‘melamar’ dirinya sejak awal tahun ini.

“Kalau ditanya mengenai lamaran menjadi duta ini, saya rasa awal tahun ini. Sebelum ini, saya memang ada bekerjasama dengan beberapa jenama membabitkan barangan untuk anak. Jadi, mereka bertanya klien sebelum ini dan mereka dapat maklum balas baik. Jadi, mereka ‘approach’ saya.

Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 1 tahun dan Abdullah Abbas, lima bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 Jan 2020

PLUS guna teknologi dron pantau pergerakan trafik sempena Tahun Baharu Cina

Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan menggunakan teknologi dron bagi memantau pergerakan trafik di beberapa lokasi yang dikenalpasti di lebuh raya kendaliannya pada musim perayaan Tahun Baharu Cina kali ini. Pengerusinya, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif […]

Hiburan Thu, 5 Jun 2025

[VIDEO] Cik B Latih Muay Thai, Bodyguard Serah Badan Jadi ‘Puching Bag’

Cik B berlatih Muay Thai, bodyguard jadi punching bag

Trending Mon, 4 Nov 2019
Hiburan Mon, 15 Jan 2024
Featured Sat, 26 Nov 2022

“Kami Berbeza Dari Segi Style..” – Tak Gentar Dibandingkan Dengan Dolla, Girl Group ‘Stellar’ Lancar Single Sulung ‘Where You Wanna Go’

Ini bagus, bersaing secara sihat! Support semua group 🤩 Congratulations Stellar untuk single pertama. Goodluck 🤩 Korang jangan lupa dengar kat YouTube ok! Best tau lagu niii 🤩🤩🤩

Featured Thu, 22 Apr 2021

“Tidak Bersentuhan” – Amyra Rosli Hormati Pendirian Saharul Ridzwan & Izzue Islam

Pelakon popular, Amyra Rosli mengakui imejnya yang kini bertudung tidak menghalang beliau daripada terus berlakon. Ketika ditanya sekiranya beliau meletakkan syarat dan batas untuk tidak bersentuhan berlakon bersama dengan pelakon lelaki, Amyra mengakui suaminya, Amar […]

Kisah Viral Mon, 17 Jul 2023
error: Content is protected !!