Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 15, 2023 @ 8:32pm

Rita Rudaini Selar Tindakan Guru Besar Tampar Murid Depan Khalayak – “Budak Tu Dapat Malu, Hilang Keyakinan & Dendam”

Pelakon, Rita Rudaini tampil bersuara berhubung isu dipercayai seorang guru besar telah menampar seorang murid lelaki secara terbuka di khalayak ramai dalam acara sebuah sekolah.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, aktres filem Mami Jarum ini menyifatkan tindakan tersebut sama sekali tidak sesuai untuk mendidik, malah hanya menjatuhkan keyakinan anak murid tersebut yang menganggap guru sebagai idola.

“Seorang pendidik tak akan memalukan dan menjatuhkan keyakinan seorang murid di khalayak ramai. Macam mana nakalnya murid itu, bukan begitu caranya.

“Apa pelajaran yang budak tu dapat dari guru itu adalah cuma ‘malu, hilang keyakinan dan lebih kepada dendam’.

“Nak tegur atau bagi pengajaran bukan memalukan seorang budak yang belum matang di khalayak ramai. Beza kat sini cikgu adalah orang yang sudah matang, anak murid yang di lempang itu adalah seorang kanak-kanak. CIkgu adalah mentor dan idola murid-murid,” jelasnya.

Rita Rudaini

Menerusi hantaran IGs yang lain, Rita berkata cara terbaik untuk memberi teguran atau nasihat adalah cara tertutup, dan boleh menggunakan rotan sekiranya benar murid tersebut melanggar peraturan sekolah.

“Nak mengajar boleh, bawa p bilik guru, siasat, bagi kaunseling lepas tu bagi rotan sedas kalau betul melanggar peraturan atau disiplin.. Boleh apa pula tak boleh itu namanya mengajar.

“Kalau pukul dan maki hamun ikut suka itu yang budak-budak pun jadi keras dan bukan makin elok, makin nakal dan keras hati,” ujarnya.

Rita Rudaini

Artikel Berkaitan: “Lepas Tanggungjawab, Campak Anak, Lebih Percaya Orang Lain Urus Anak…” – Kongsi Ciri-Ciri ‘Parents’ Rosak, Rita Rudaini Tempelak Siapa Tu?

Artikel Berkaitan: Masih Jadi Mangsa Sihir, Rita Rudaini Serik Hadap Jenis Kawan ‘Musuh Dalam Selimut’ – “Cukuplah, Biar Saya Berkawan Baik Dengan Anak-Anak”

Artikel Berkaitan: “Kalau Boleh Atas Katil Pun Nak Tunjuk” – Kongsi Kebahagiaan Sampai Leka Dengan Pujian Manusia, Rita Rudaini Beri Pesanan

Artikel Berkaitan: “Nak Hidup Senang, Kipas Kena On 24 Jam… Baru ‘Seat’ Bertahan” – Rita Rudaini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Apr 2025

“Tak Ada Sebab Berbaik, Tiada Keperluan” – Abby Abadi ‘Frust’, Norman Hakim Jumpa Anak Macam Orang Luar

Sejak bercerai Norman tidak pernah menggalas tanggungjawab menjaga anak-anak mereka.

Trending Mon, 16 Mar 2020

Tangan Bersih Sahaja Tak Mencukupi; Ini Adalah Cara-Cara Anda Boleh Sanitize Pakaian Anda

COVID-19 semakin merisaukan di Malaysia, sanitize pakaian mungkin langkah seterusnya untuk berjaga-jaga.

Hiburan Tue, 5 Jun 2018

Ini Waktu Terbaik Untuk Saya Muhasabah Diri

Syafiq ketika ditemui di tayang eksklusif Pelangi Cinta di Pavilion menganggap ada hikmah di sebalik dugaan yang melanda dirinya.

Hiburan Fri, 10 May 2019

Hafiz Hamidun ‘Sihat’ Sebab Dah Jumpa Pengganti?

Akui Hafiz, dia kini dalam proses memilih. Wow siapa agaknya wanita bertuah tu?

Events Wed, 1 Jan 2020
error: Content is protected !!