Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie December 17, 2023 @ 12:10pm

“Saya Kena Tolak 10 Kali” – Jumlah Pengikut Sendu, Nadhir Nasar Pernah Kena Reject Kerana ‘Tidak Dikenali’

Pelakon, Nadhir Nasar mendedahkan namanya pernah ditolak oleh stesen televisyen sebanyak sepuluh kali gara-gara jumlah pengikut di media sosial yang sedikit.

Menurutnya, akibat tidak dikenali ramai, dia sukar muncul di kaca televisyen sejak awal pembabitannya dalam industri seni dahulu.

“Sebelum Hero Remaja, saya ditolak sepuluh kali kerana tidak miliki pengikut di media sosial yang ramai. Tiada orang kenal, susah nak masuk tv,” luahnya.

Menurut laporan mStar, Nadhir berkongsi perkara itu ketika memberi kata-kata motivasi kepada seorang individu yang kecewa ekoran gagal menyertai program realiti Hero Dewi Remaja.

Menganggap rezeki terbentang luas, Nadhir percaya individu berkenaan akan memperoleh rezekinya di platform lain.

“Untuk saya, rezeki di Hero Remaja. Kamu mungkin tempat lain. Jalan terus Insya-Allah,” balasnya.

Dalam pada itu, individu tersebut berterima kasih dan memberitahu dirinya akan lebih gigih berusaha mencapai cita-citanya.

“Nadhir idola saya, awak selalu beri inspirasi dan menjadi slaah satu sebab saya kuat selama ini. Anak seni yang mengalir keikhlasannya,” tulisnya.

Sumber : mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Featured Fri, 20 Jan 2023
Featured Wed, 16 Mar 2022
Hiburan Wed, 2 Jul 2025
Hiburan Sat, 29 Dec 2018

《比悲伤》首日开映票房破百万!导演林孝谦放话「带双豪来谢票」

《比悲伤更悲伤的故事》首日开映票房累积破百万令吉!导演林孝谦放话 “带刘以豪和张书豪来谢票!”

Hiburan Wed, 26 Feb 2025

Rajin Bantu Buat Kerja Rumah, Rahsia Isteri Nabil Ahmad Makin Sayang

Nabil Ahmad rajin buat kerja rumah tambat hati isteri

error: Content is protected !!