Euforia Bola 2026
Acara By: Padin December 17, 2023 @ 2:03pm

Berharga RM250,000 Dengan Hiasan 83,900 Butir Swarovski… Busana Mewah Jutawan Tudung Bawal Ini Ambil Masa Setahun Untuk Siap!

Busana mewah bertatah batu Swarovski yang digayakan oleh jutawan tudung bawal, Haliza Maysuri mencuri tumpuan ramai pihak sejak malam tadi.

Haliza yang merupakan pengasas Bawal Exclusive menggayakan persalinan itu bersempena majlis ulang tahun ke-25 jenama terbabit yang bertemakan Magnificent Century.

Mengambil masa setahun untuk siap, busana mewah Haliza adalah hasil rekaan jenama fesyen terkenal Rizalman Couture milik Datuk Rizalman Ibrahim.

“Busana rona maroon ini dihiasi 83,900 batu Swarovski. Saya sudah merancang untuk mengenakan busana ini sejak awal Januari lalu dan ia memakan masa selama setahun untuk disiapkan.

“Apa yang istimewanya, busana ini turut dihasilkan menggunakan tangan sepenuhnya dan fabriknya pula diterbangkan khas dari United Kingdom,” katanya kepada XTRA.

Tambah Haliza, pada awalnya, dia merancang untuk mendapat hasil sentuhan pereka fesyen di Turki namun hasratnya tidak kesampaian kerana kekangan masa.

“Sebenarnya, sebelum saya mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat jenama Rizalman Couture, saya sudah mencari beberapa pereka fesyen di Turki.

“Namun, dek kerana kekangan masa dan kerjaya yang sibuk, agak sukar untuk saya merealisasikan hasrat terbabit kerana saya perlu fitting baju dan berulang alik ke Turki.

“Jadi, satu-satunya jenama fesyen tersohor Malaysia yang dapat memenuhi kehendak saya adalah Rizalman Couture. Apa saya mahukan, apa yang saya ada dalam fikiran, Rizalman Couture dapat zahirkan. Mereka memahami jiwa dan perasaan saya,” katanya.

Bersempena majlis ulang tahun ke-25, majlis malam tadi juga menjadi medan untuk kembali memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Peka dengan isu semasa, jenama tudung bawal tersohor rantau Asia Tenggara ini juga turut membuat bidaan untuk rekaan tudung pertama yang dikeluarkan iaitu Bawal Tabur.

Bermula dengan harga serendah RM25, tudung terbabit berjaya dibida dengan harga RM78,000.

Hasil jualan tersebut bakal disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin (Malaysia Medical Relief Society).

Dalam acara yang mengumpulkan 800 tetamu ini, koleksi yang dicipta khas oleh pereka kreatif jenama tudung premium terbabit yang berharga antara RM10,000 sehingga RM113,000 turut dipamerkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 6 Oct 2020

Wajib Baca! Syarat Kelayakan Permohonan BPN 2.0

Jom check korang layak ke tak!

Featured Thu, 10 Mar 2022

Buat Perubahan Last Minute Semasa Persembahan Sepi, Aina Abdul Layak Memenangi Vokal Terbaik #AJL36

Fuh, hebatnya Aina! Bak kata pemenang Vokal Terbaik #AJL 36 ni, seorang penyanyi kena ‘Sing Smart’. Betul, Min setuju sangat terutamanya semasa menyanyi persembahan live. Cayalah!

Hiburan Wed, 27 Mar 2024
Featured Wed, 11 Feb 2026

Tak Tolak Jodoh Dengan Lelaki Berstatus Duda, Aishah Azman Beri ‘Priority’ Kepada Yang Single

elakon Aishah Azman tidak menolak sekiranya ditakdirkan berjodoh dengan lelaki berstatus duda

Featured Mon, 10 Apr 2023

“Sarah Tetap Menantu Kesayangan Kami” – Sedih Rumah Tangga Anak Temui Noktah, Yusof Haslam Harap Silaturahim Terjaga

Yang penting biarlah segala krisis dan konflik mereka berakhir – Yusof Haslam

Hiburan Thu, 27 Jun 2024
Contest Tue, 6 Sep 2022
error: Content is protected !!