Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir December 20, 2023 @ 2:28pm

Imran Aqil & Dahlia Rizal Adakan Lima Kali Majlis Resepsi, Rupanya Gara-Gara…

Meskipun sudah tiga bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Imran Aqil dan isterinya, Dahlia Rizal masih lagi menganjurkan majlis resepsi kelima pada Ahad lalu.

Memetik laporan mStar, Imran memberitahu beberapa majlis yang diadakan adalah untuk memenuhi permintaan keluarga tersayang.

Menurutnya, kedua-dua ibu bapanya dan Dahlia sudah bercerai dan ada yang sudah memiliki keluarga baru jadi majlis berlainan perlu diadakan bagi menghargai setiap mereka.

“Sebenarnya saya dan isteri hanya mengikut kehendak keluarga. Lagi pun kami berasal daripada keluarga yang berpecah (bercerai), jadi ibu dan bapa kami ada juga yang sudah berkahwin lain.

“Disebabkan itu masing-masing ingin membuat majlis resepsi untuk belah keluarga mereka. Itulah punca mengapa majlis resepsi kami diadakan sebanyak lima kali.

“Lagi pun saya memang mahu meraikan keluarga dan rakan-rakan yang banyak berikan sokongan kepada kami selama ini,” ujarnya.

Disoal mengenai pembaziran mengadakan terlalu banyak majlis resepsi, dia bersyukur turut menerima tajaan daripada beberapa pihak.

“Alhamdulillah memang rezeki kami, ada sahaja yang memberikan tajaan. Majlis kami bukan ditaja sepenuhnya tetapi kebanyakannya untuk kos-kos yang besar seperti pelamin, dewan acara dan baju pengantin mendapat tajaan.

“Apa yang boleh saya katakan, setiap majlis kami itu ada saja individu yang memberikan tajaan dan selebihnya dibiayai oleh kami sendiri.

“Saya memang ada baca komen netizen yang risau kami membazir buat sampai lima majlis. Tapi bagi kami ini adalah pengalaman sekali seumur hidup, jadi kami manfaatkan masa yang ada untuk meraikan para tetamu,” jelasnya.

Majlis resepsi kelima pasangan ini diadakan di Royale Chulan, Damansara, Selangor dan turut dihadiri oleh isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.

Untuk rekod, Imran dan Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September lalu selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di Villa Istana Ayer Keroh, Melaka dan diikuti dengan empat majlis resepsi yang diadakan di rumah ibu pengantin perempuan di Melaka dan tiga lagi majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 10 Dec 2022

Imran Bard Selar Peniaga Makanan Obses Ikut Trend – “Semua Benda Nak Letak Cheese”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 21, menerima pujian netizen setelah menyelar tindakan peniaga kerana obses menjenamakan produk jualan mengikut trend terkini. @kucengnanges dia bukan viral eh, dia TULAR […]

Featured Thu, 6 Jan 2022

Bot Karam Ketika Misi Menghantar Bantuan Makanan

Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Tahan berhadapan situasi yang mendebarkan apabila bot yang mereka naiki karam di Sungai Tembeling, Jerantut, Pahang pada Rabu. Menerusi video yang dimuat naik oleh Sukan Star TV, salah […]

Featured Tue, 30 Jun 2026

Kecuaian Penulisan Ayat Al-Quran Dalam ‘Wanita Syurga’, Isa Khan Gelar Pasangan Pempengaruh ‘Red Flag’ – “Something Fishy About These Two”

Kata Isa, dia berasa pasangan pempengaruh terbabit sebagai individu yang sering menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet selain menyifatkan kedua-duanya sebagai ‘redflag’.

Trending Tue, 9 Jan 2024
error: Content is protected !!