Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie January 9, 2024 @ 10:13am

Menyeramkan! Individu Dengar Jeritan Minta Tolong Dari Dalam Kubur…Rupanya Ramai Juga Lalui Perkara Sama!

Beberapa hari yang lalu, tular di media sosial perkongsian seorang individu mendakwa telah mendengar suara lelaki meminta tolong di sebuah tanah perkuburan.

Pemilik aplikasi TikTok dengan nama @SPcreative sempat memuatnaik video berdurasi tujuh saat itu yang merakam diri dan anaknya dalam keadaan ketakutan.

Memetik laporan Harian Metro, wanita tersebut, Najwa Mat Rasid tidak dapat menahan rasa gementar setelah mendengar suara jeritan manusia yang seolah-olah meminta tolong.

“Saya jadi gementar dan takut sepanjang perjalanan pulang ke rumah kerana teringat apa yang didengari itu,” katanya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab Luar, Klang.

Najwa berkata, usai menziarahi pusara ibunya pada waktu lewat petang menjelang senja, secara tiba-tiba suara itu kedengaran dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Justeru, dia tergamam malah terkejut dengan situasi yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.

“Saya tidak berseorangan ke sana kerana bersama kakak serta anak kami.

“Ketika nak ke pagar kubur, saya dikejutkan dengan suara jeritan itu… ia tidaklah kuat… sayup saja.

“Bagi mendapat kepastian, saya tanya kakak dan dia (kakak) juga dengar suara itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Najwa turut berkongsi reaksi netizen terhadap video tersebut.

Rata-rata warganet mengatakan mereka turut berdepan pengalaman mistik yang sama malah ada yang mendakwa gangguan tersebut tidak terhenti di tanah perkuburan itu sahaja malah berlaku di rumah juga.

Namun demikian, terdapat segelintir netizen yang menafikan perkara tersebut kerana bertanggapan ia bukan suara manusia.

“Antara komen diterima adalah daripada mereka yang tinggal berdekatan tanah perkuburan, yang mengatakan pernah dengar suara seolah jeritan manusia, tak lama selepas jenazah dikebumikan.

“Ada juga yang tidak percaya dan kata mungkin betul apa saya dengar itu atau mungkin juga bukan suara manusia tapi haiwan.

“Terpulang kepada tafsiran mereka yang menonton, cuma secara peribadi, saya jadikan apa yang berlaku itu sebagai peringatan untuk lebih mengingati kematian,” katanya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 18 Mar 2022

“President TikTok Tak Berkelip Mata” – Wawa Zainal Jadi Snow White Malaysia, Aeril Zafrel Terpegun!

Beri laluan beri laluan, Pasangan Sejoli nak lalu ni boh 😂 Hihi.. Untungnya Wawa Zainal 😍

Hiburan Fri, 30 Aug 2024
Trending Sat, 12 Jun 2021

Aisha Retno Menanti Jawapan Cinta

Pemenang Vokal Mania, Aisha Retno kini muncul menerusi lagu baharu ciptaannya berjudul Nukilanku. Mendapat sentuhan melodi daripada komposer hebat, Farouk Roman dan lirik oleh Aisha sendiri, perjalanan kisah dalam lagu itu cukup meruntun perasaan kerana […]

Trending Sat, 29 Feb 2020
Hiburan Mon, 23 Sep 2024
Featured Sat, 21 Jan 2023

Jatuh Ketika Berlakon, Janna Nick Cedera Di Set Pengembaraan – “Nasib Bukan Hati Yang Luka”

Pelakon Janna Nick cedera ringan di lutut sebelah kiri akibat terjatuh semasa berada di lokasi pengembaraan.   View this post on Instagram   A post shared by Janna Nick (@jannanick) Menerusi perkongsian Janna di Instagram, […]

Trending Mon, 5 Oct 2020

Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Secara ‘Online’ Mulai 16 Oktober

Kan senang tak payah susah susah beratur kat kaunter

error: Content is protected !!