Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 12, 2021 @ 7:38pm

Aisha Retno Menanti Jawapan Cinta

Pemenang Vokal Mania, Aisha Retno kini muncul menerusi lagu baharu ciptaannya berjudul Nukilanku.

Mendapat sentuhan melodi daripada komposer hebat, Farouk Roman dan lirik oleh Aisha sendiri, perjalanan kisah dalam lagu itu cukup meruntun perasaan kerana ia menceritakan mengenai situasi seseorang yang terperangkap dalam ruang cinta yang tak pasti.

Meskipun dicipta khas untuk dijadikan runut bunyi drama Masih Ada Rindu yang sedang hangat ditayangkan di slot Akasia TV3, Aisha mengakui keperitan itu cukup dirasakan sewaktu merakamkan lagu Nukilanku.

“Nukilanku diinsipirasikan daripada skrip drama itu sendiri di mana saya menceritakan daripada perspektif watak Hadi yang kematian kembarnya, Hakim. Seorang wanita yang mulanya cintakan Hakim kemudian sukakan Hadi pula.

“Namun begitu, perasaannya itu timbul kerana wajah Hadi yang mengingatkannya kepada Hakim, bukannya disebabkan rasa cinta. Jadi, saya mewakili Hadi dalam lagu ini tertunggu bila tibanya perasaan cinta luhur itu buatnya.

“Dia berjanji akan setia menunggu bila saat itu akan tiba dan berharap cintanya berbalas meskipun dia tidak tahu pengakhirannya bagaimana. Kiranya, Nukilanku adalah luahan hati seseorang yang mengimpikan cinta itu jadi miliknya.

“Saya cuma berharap pendengar akan dapat merasakan rintihan yang saya cuba sampaikan dalam mesej lagu itu. Saya pun sudah lama juga tidak menulis lirik untuk lagu sendiri dan penghayatannya jauh lebih berbeza berbanding menulis lagu kepada orang lain. Biar mereka merasakan keperitan cinta tidak berbalas itu dalam nyanyian saya,” katanya.

Sebagai penyanyi yang memiliki laras vokal hebat, Aisha bagaimanapun mengakui bukan mudah untuknya melunaskan tugasan itu dalam lagu ini. Bahkan, dia mengakui memang berdepan sedikit tekanan sewaktu proses rakamannya namun cukup lega kerana mendapat tunjuk ajar terbaik daripada Farouk.

“Alhamdulillah, proses rakamannya sangat lancar dan ia dibuat selama dua hari. Paling saya rasa bersyukur dan istimewanya adalah apabila Farouk sendiri yang menjaga serta memberi tunjuk ajar pada bahagian vokal saya. Tidak dinafikan, tekanan itu ada juga kerana selalu bahagian vokal orang lain jaga tapi kali ini dikemudi komposernya sendiri,” katanya.

Lagu Nukilanku adalah satu daripada runut bunyi untuk drama Masih Ada Rindu arahan Osman Ali yang sedang hangat ditayangkan di slot Akasia TV3 dan drama berkenaan dibintangi pelakon hebat termasuk Mimi Lana, Farid Kamil, Dayang Areeda dan ramai lagi.

‘Nukilanku’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Buat Persiapan Awal Untuk Anak-Anak, Puteri Sarah Khuatir Meninggal Di Usia Muda

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan sudah membuat segala persiapan jangka masa panjang buat anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah untuk meneruskan kelangsungan hidup. @mr.rullano Bagusnya Puteri Sarah buat planning untuk anak2 die. Bersedia in any situation. […]

Kisah Viral Thu, 14 Apr 2022

Rambut Dalam Tepung Pelita, JKN Perak Sedang Jalankan Siasatan

Apa nak jadi la dengan peniaga bazar sekarang ni?

Hiburan Mon, 30 Mar 2026

Aina Abdul Tegur Pengkritik, Jawab Dakwaan Lagu Raya Ya Habibi Ya Aidilfitri ‘Gagal’

Menurut Aina, pencapaian lagu itu dari segi tontonan dan penstriman jelas menunjukkan penerimaan baik daripada pendengar, sekali gus menolak dakwaan ia tidak berjaya.

Featured Tue, 7 Nov 2023
Drama Wed, 5 Feb 2025

[VIDEO] Ayah Abdul Sertai Geng ‘Old Money’, Sebar Ajaran Sesat? – “Nak Cari Isteri Nombor 5 Ke?”

Ayah Abdul sertai geng old money, drama Langit Ke Tujuh sebar ajaran sesat

Featured Wed, 14 Aug 2024
Featured Fri, 27 Jan 2023
error: Content is protected !!