Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir December 21, 2023 @ 5:27pm

Diminta Hadir Ke IPD Dang Wangi Isu Hambur Kata-Kata Kesat Pada Pegawai Polis Kanan, Caprice Ramal Bakal Direman?

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Caprice diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Khamis.

Menerusi hantarannya di Instastory, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli mengatakan dia dipanggil gara-gara memuat naik video reaksi terhadap insiden seorang remaja meninggal dunia akibat dilanggar pegawai polis kanan pada 15 Disember lalu.

Di dalam video tersebut, Caprice turut menggelar anggota polis itu dengan menggunakan kata-kata kesat.

“Seorang yang ada uniform biru yang patut jaga keselamatan kita akhirnya menjadi p****k dan bunuh budak sekolah,” ujarnya.

Namun, video tersebut telah dipadam oleh Caprice kerana dianggap melanggar garis panduan kandungan media sosial.

Terkini, Caprice memberitahu pekerjanya telah ditahan reman dan tidur di lokap.

Katanya lagi, pihak IPD Dang Wangi memindahkan sesi soal jawab pada hari Jumaat.

“Malam tadi staff Caprice seorang perempuan yang masih menyusu anak dia kena reman dan tidur di lokap.

“Mungkin saya akan kena sama? They moved me to esok 10:30 am at IPD Dang Wangi,” ujarnya yang kemudiannya memadam hantaran berkenaan.

Terdahulu mangsa Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, maut selepas didakwa dilanggar seorang pegawai kanan polis berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh.

Sebelum kejadian, konflik dikatakan berlaku antara mangsa dan suspek susulan tindakan remaja tersebut membuat bunyi bising menggunakan ekzos motosikalnya.

Hasil bedah siasat mendapati Allahyarham meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian dada dan abdomen.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar, Ipoh.

Sementara itu, pegawai polis kanan tersebut, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang berpangkat Deputi Superintendan dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinien (IPK) Kedah dihadapkan ke Mahkamah Maistret Ipoh pada Isnin lalu atas tuduhan membunuh.

Namun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mahkamah menetapkan 7 Februari 2024 bagi sebutan semula kes.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 15 Mar 2026

AC Mizal Seru Penggiat Seni Ikut Peredaran Zaman Jika Mahu Kekal Relevan

Pengacara dan penyanyi, Datuk AC Mizal menegaskan penggiat seni perlu sentiasa peka terhadap perubahan semasa supaya karya yang dihasilkan terus relevan serta mampu menarik perhatian generasi muda. Menurut AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, dunia […]

Trending Mon, 4 Nov 2019

Kutipan Caj 20 Sen Beg Plastik akan Diserah Kepada PBT

Kutipan caj 20 sen yang dikenakan ke atas penggunaan beg plastik di pasar raya di seluruh Selangor akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, bermula 1 Januari tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap […]

Featured Wed, 1 Oct 2025

“Saya Masih Istiqamah Jaga Solat Hingga Hari Ini”- Angeline Tan Mahu Dalami Ilmu Agama

Antara perkara yang paling penting yang menjadi keutamaannya adala  sentiasa menjaga ibadah solat fardu lima waktu.

Hiburan Sun, 5 Oct 2025
Hiburan Sat, 23 Nov 2019

Demi Anak-Anak, Adira Tak Jadi Cerai

Semoga kesudahan yang baik-baik saja buat keluarga Adira dan Datuk Red.

Events Thu, 16 Jun 2022

[VIDEO] Kini Lebih Selektif, Fattah Amin Tolak Banyak Tawaran Berlakon Kerana…

Saya mementingkan kualiti berbanding kuantiti lakonan – Fattah Amin

error: Content is protected !!