Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie December 24, 2023 @ 1:03pm

Gara-Gara Hilang Sebelah Payudara Akibat Kanser, Suami Tergamak Ceraikan Isteri – “Orang Macam Ni Mampu Hidup Setahun Sahaja!”

Seorang bekas penyakit kanser yang mahu dikenali dengam nama samaran, Mimi mendedahkan dia diceraikan oleh suaminya setelah mengambil keputusan untuk membuang sebelah payudara bagi mengelakkan sel kanser merebak tujuh tahun lalu.

Keputusan tersebut dibuat atas nasihat doktor memandangkan Mimi disahkan menghidap kanser tahap empat namun ditentang oleh suaminya.

Memetik laporan Sinar Harian, suaminya tidak bersetuju untuk membuang sebelah payudaranya sebaliknya mahu dia menjalani kaedah perubatan tradisional.

“Saya akur dengan nasihat doktor yang meminta saya menjalani pembedahan itu bagi mengelak sel kanser merebak. Tetapi, bekas suami ketika itu tidak mahu saya membuang payudara.

“Walaupun dia tidak benarkan, saya tetap teruskan juga pembedahan kerana bagi saya ikhtiar untuk menyelamatkan nyawa lebih penting,” katanya.

Usai menjalani pembedahan, suaminya terus menceraikannya tanpa berfikir panjang ekoran berang dengan tindakan Mimi.

“Sebelum lafaz cerai, dia pernah kata orang hidap kanser payudara macam saya ni hanya mampu hidup setahun sahaja.

“Saya kata, ajal, maut, jodoh itu semuanya atas ketentuan ALLAH SWT. Saya bersyukur, selepas tujuh tahun pembedahan saya masih bernafas seperti biasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mimi turut mengalami kemurungan akibat perangai buruk suaminya.

Akui bercerai adalah pilihan yang tepat, hidupnya kini lebih tenang bersama anak keduanya.

Sumber : Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Jul 2023
Featured Thu, 30 Oct 2025

Zul Ariffin Batal Hasrat Berhijrah Ke Makkah – “Kadang Allah Bagi Lalu Orang Yang Mengarut Depan Kita”

Zul Ariffin menegaskan dia membatalkan hasratnya untuk untuk berhijrah dan membuka perniagaan di Makkah, seperti yang pernah dikongsikannya sebelum ini.

Featured Mon, 15 Aug 2022
Filem Sun, 28 Aug 2022
Featured Thu, 22 May 2025
Hiburan Thu, 21 Nov 2024
error: Content is protected !!