Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie December 24, 2023 @ 3:25pm

Jangan Sombong! Noorkhiriah Minta Pelakon Baru Nak Up Hormat Semua Orang… Siap ‘Throwback’ Pernah Naik Van Sempit Macam Tin Sardin

Pelakon, Noorkhiriah mengingatkan pendatang baharu dalam industri seni agar sentiasa merendah diri serta tidak sombong dengan populariti yang dimiliki.

Menurut Noorkhiriah, tidak kiralah siapa pun selebriti itu, setinggi mana pun gelarannya, mereka haruslah menghormati orang sekeliling lebih-lebih lagi kru produksi.

“Kerja macam saya adalah bersama pasukan maka kita kena hormat semua orang tidak kira siapa. Jagalah diri adik-adik yang baru nak up. Betulkan niat untuk apa. Jangan kejar apa yang tidak pasti,” tulisnya.

Akui rezeki adalah pemberian Allah, Noorkhiriah menyeru rakan pelakon agar bekerja bersungguh-sungguh serta berdisiplin dalam melakukan setiap perkara.

“Jangan risau jika itu hak kita, Allah akan permudahkan. Kerja elok-elok dan ciptalah cerita yang memberi manfaat.

“Jangan rasa kita artis, kita besar. Jangan kita lupa manusia boleh mendoakan untuk kita bangun dan jatuh,”

Noorkhiriah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di laman media sosial miliknya.

Dalam pada itu, teraju utama telemovie komedi, Bedah Tong Gas itu turut menceritakan pahit getir yang ditempuhinya sejak awal pembabitan dalam dunia seni.

Sepanjang lebih dua dekad berkecimpung sebagai pelakon, dia bersyukur dengan kerjayanya walaupun terpaksa melalui pelbagai cabaran dan rintangan.

“Apa yang dilalui dahulu, susah yang dirasai adalah untuk apa yang ada sekarang. Dulu saya pergi set penggambaran naik van, sempit macam sardin dalam tin.

“Bayangkan tiba-tiba kena duduk atas besi panas, pijar dik. Tetapi bagi saya, seronok.

“Bila sampai set, tegur semua orang. Bawa aura positif walaupun semalam gaduh baling periuk. Jangan cerita kepada sesiapa kerana tiada manusia yang nak tahu masalah kita,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 6 Mar 2021

“Terpukau Dengar Dia Nyanyi Lagu Gila Siap Dengan….” Medley Lagu #AJL35, Hannah Delisha Raih Pujian Netizen

Min pun repeat banyak kali part Hannah nyanyi lagu Gila & Hati tu…. ♪♫

Trending Wed, 15 Apr 2020
Tech News Wed, 24 Jul 2024

Siri HONOR 200, Telefon Pintar Bajet RM2,000 Pilihan Terbaik Di Pasaran!

Baru-baru ini HONOR telah menerima pujian orang ramai setelah melancarkan Siri HONOR 200. Telefon pintar ini, mendapat perhatian pengguna kerana fungsi dan spesifikasinya jauh lebih baik berbanding model sebelum ini iaitu HONOR 90. Bagi korang […]

Trending Sat, 2 May 2020

Sekolah Tidak Akan Dibuka Isnin Ini- KPM

Buat yang bakal menduduki peperiksaan..

Featured Thu, 6 Mar 2025
Trending Tue, 8 Jun 2021
error: Content is protected !!