Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 24, 2023 @ 5:00pm

Amir Jahari Jalani Meditasi Menjelang AJL38, Sempat Bergurau Dengan Isteri Selepas Lagu ‘Hasrat’ Mara Ke Pentas Berprestij

Penyanyi Amir Jahari bersyukur selepas lagu ciptaannya yang juga merupakan lagu runut bunyi untuk filem Imaginur berjudul Hasrat mara ke Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL 38).

Ketika ditemui XTRA,  pemilik nama lengkap, Mohamad Amirullah Jahari, 31, berkata, dia tidak berasa ‘pressure’ dek kerana tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk lagu tersebut.

Namun, sebaik sahaja tersenarai antara 12 finalis yang lolos ke AJL 38, dia sempat bergurau bersama isterinya sebagai tanda tidak menyangka akan bertanding di pentas berprestij itu.

“Sejujurnya, saya rasa tak ada pressure sebab saya tak berharap akan dapat AJL, tiba tiba dapat… saya rasa macam tak percaya. Esok tu bangun tidur bergurau dengan isteri, tak sangka dapat masuk AJL.

“Saya rasa pressure tak ada… cuma rasa sangat excited sebab ada satu stage yang besar untuk saya mempersembahkan karya dan mesej saya,” ulasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Berkongsi perasaan bertanding untuk kali kedua di pentas AJL bersama barisan penyanyi hebat tanah air, Amir menjelaskan dia tidak gentar dan tidak mahu bersaing sesama yang lain sebaliknya menjanjikan persembahan yang terbaik pada 3 Mac nanti.

“Kalau mereka rasa nak bersaing, bersainglah. Saya tak rasa nak bersaing.

“Saya hanya nak persembahkan persembahan terbaik untuk masyarakat,”jelasnya.

Ketika ditanya mengenai persiapan untuk lagu Hasrat, Amir akui dia kini sedang giat menjalankan meditasi sebagai latihan minda dan membina fokus berskala.

Bahkan, dia juga mengupah vokal konsultan untuk menjaga pernafasan selain fizikal dan mentalnya.

“Meditasi tu untuk sharpkan mindset, mind control. Selain meditsai, saya ada hire vokal consultant yang akan adakan intensive training dengan saya.

“Saya risau dengan pernafasan saya sekarang sebab agak pendek. Dan ada beberapa orang yang akan datang untuk consult dari segi fizikal dan mental.

“Dari segi preparation lain, ramai yang datang membantu, Alhamdulillah saya sangat bersyukur,” katanya.

 

Diramalkan bakal meraih kedudukan top 3 pada AJL 38 nanti, Amir bagaimanapun berterima kasih kepada yang mendoakan.

Meskipun, itu bukanlah objektif utamanya, namun dia bersyukur kerana masih ada peminat yang peduli mengenai naskhah ciptaannya.

“Itu doa, saya berterima kasih kepada semua yang mendoakan. Itu bukan objektif saya.

“Kalau tak dapat nombor pun saya masih perform dan bagi 100% atas stage.

“Saya tak letakkan harapan untuk dapat tempat, saya cuma harapkan untuk dapat sampaikan mesej dalam pentas tu nanti.

“Bila peminat harapkan, saya tak rasa terbeban. Sebaliknya,  saya bersyukur sebab selama saya dalam industri muzik ni mereka tak berapa nak pedulikan pun karya saya, tapi saya terus berkarya.

“Abum pertama alhamdulillah ada yang dengar. Album kedua tak berapa nak dengar. Bila Hasrat keluar, orang doakan top 3. saya rasa happy dan bersyukur sebab akhirnya mereka dengar mesej yang saya nak sampaikan dalam lagu,” ulasnya memberi pencerahan.

Terdahulu, Amir tidak dapat menahan sebak apabila memaklumkan kepada pemberita bahawa lagu Hasrat ciptaan sepenuhnya itu didedikasikan buat arwah bapanya yang menderita penyakit kanser beberapa tahun lepas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 May 2021

“Demi Allah, Kami Tidak Bernikah” – Sijil Nikah Tular, Nora Jawab Dakwaan Kahwini Menteri

Berikutan tular di media sosial penyebaran sijil kahwinnya bersama Tan Sri Anuar Musa, Datuk Nora Ariffin tampil mengulas bahawa berita tersebut adalah palsu dan boleh mengundang fitnah. “Demi Allah, saya dan Annuar tidak bernikah..saya sendiri […]

Hiburan Sat, 16 Mar 2019

‘Buat Yang Terbaik Ok Atikah…’- Awi Rafael Titip Pesan Buat Bekas Tunang

Semoga Awi dan Atika, semoga kalian terus tabah dengan dugaan kali ini, kita doa yang baik-baik buat mereka.

Acara Tue, 30 Aug 2022
Featured Fri, 15 May 2026
Hiburan Fri, 28 Dec 2018

「情歌天后」龙千玉台湾推大秀坚持云顶如期开唱!

「台语天王」蔡小虎和龙千玉明年1 月5 日携手在云顶开唱;现在还有不到几天就开秀,龙千玉接受访问时爆说这场演唱会和台湾一年一度的综艺大秀撞期,唯她忍痛推秀坚持到云顶开唱!

Featured Tue, 26 May 2026

“Lebih Baik Kau Kahwin Lambat Dari Kahwin Dengan Orang Yang Salah” – Siti Khadijah

Siti Khadijah Halim tampil berkongsi pandangannya mengenai jodoh dan perkahwinan sekali gus menegaskan dia lebih rela berkahwin lewat daripada tersalah memilih pasangan hidup.

Featured Tue, 30 May 2023
error: Content is protected !!