Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie December 24, 2023 @ 5:41pm

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Genap 18 Hari, Tapi Pembunuh Masih Belum Ditangkap? Polis Minta Bantuan Interpol

Pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin masih belum dirungkai meskipun telah memasuki hari ke-18 penyiasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menegaskan pihak polis perlu mengenal pasti lokasi pembunuhan Zayn Rayyan terlebih dahulu bagi mengumpul bukti untuk memberkas pelaku yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis meminta bantuan Interpol bagi kerja-kerja penyiasatan dengan lebih mendalam.

“Seperti yang kita pernah maklumkan sebelum ini tempat kejadian yang kita jumpa itu adalah lokasi jenayah secodndary (sekunder) yang mana kurang untuk kita dapatkan bukti.

“Kita minta bantuan Interpol kerana dalam pangkalan data mereka (mungkin) ada maklumat (berkaitan) walaupun bukan konklusif tapi (ada) yang boleh bantu,” jelasnya.

Dedahnya lagi, usaha-usaha untuk mengesan suspek seperti pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kawasan sekitar, rakaman kamera papan pemuka, dan merakam percakapan 225 individu hanya menunjukkan bukti-bukti minimal.

Sementara itu, pemeriksaan dari rumah ke rumah juga berjaya merakam keterangan 225 individu, selain mengumpul 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) individu.

“Daripada keseluruhan sampel itu, sebanyak 240 sampel sudah dianalisa dan lain-lain sampel yang dihantar ke Jabatan Kimia kita sudah pun dapat keputusan.

“Walau bagaimanapun, tiada keputusan positif yang dapat membantu siasatan buat masa ini,” katanya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Wed, 8 May 2024
Featured Wed, 21 Jul 2021

“Kalau Letak Orang Cakap, Tak Letak Pun Orang Cakap”- Tak Kongsi Foto Di Media Sosial, Siti Nurhaliza Dah Terima Vaksin

Isu selebriti dan suntikan vaksin semakin hari semakin mendapat perhatian ramai. Terbaru, penyanyi no 1 negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu bahawa dirinya telah mendapatkan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Walaupun sudah menerima suntikan, […]

Featured Mon, 28 Jul 2025
Trending Mon, 21 Jan 2019

Pemandu Toyota Vios Disah Positif Ganja

Memang sah positif ganja pemandu Vios yang terbabit dalam kemalangan mengakibatkan SUV terjunam

Featured Fri, 3 Oct 2025

Anna Jobling Menang Outstanding Asian Star Di International Drama Awards 2025

Anna Jobling julang nama Malaysia di majlis Anugerah Drama Antarabangsa Seoul (SDA) 2025

Trending Thu, 26 Apr 2018
Trending Wed, 6 Nov 2019
error: Content is protected !!