Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Salma Syahbuddin December 27, 2023 @ 11:00am

Diperli Tak Pandai Siang Ikan, Ini Respons Pengacara WHI – “Saya Vegetarian! Pernah Menyiang Ikan Tapi Sekali Je, Itupun Manja-Manja”

“Saya pula duduk di rumah seorang saja dan kalau di rumah keluarga, emak beli ikan pun yang sudah siap siang maka menyiang bukan perkara yang saya biasa lakukan”.

Demikian respons pengacara program rancangan Wanita Hari Ini (WHI) Sugeeta Chandran ketika diminta mengulas mengenai video tularrnya menyiang ikan ketika bersiaran secara langsung baru-baru ini.

Katanya, ketika program tersebut bersiaran, dia dan rakan pengacaranya, Syahira Izzaty Yaacob diminta untuk melakukan cabaran yang terdapat dalam segmen program berkenaan, namun tidak menyangka cabaran itu meminta mereka untuk menyiang ikan.

“Pada hari berkenaan, ada menu berasaskan ikan dan cabarannya menuntut saya dan Syira menyiang ikan.

“Saya pula duduk di rumah seorang saja dan kalau di rumah keluarga, emak beli ikan pun yang sudah siap siang maka menyiang bukan perkara yang saya biasa lakukan.

“Tapi sebagai pengacara kita lakukan saja cabaran diberi dan tak sangka pula (video) akan tular kerana biasalah, bila siaran langsung ada yang menjadi, kadang tak reti buat.

“Saya vegetarian, tak makan ikan, tak masak ikan dan pernah siang ikan pun sekali saja, itu pun manja-manja,” katanya.

Menyedari video berkenaan menerima kecaman, Sugeeta bagaimanapaun menjelaskan dia dan Syira tidak berasa tertekan dengan pandangan negatif netizen terhadap mereka sebaliknya malas memperbesarkan isu tersebut.

“Saya ada baca beberapa komen cuma yang kurang menyenangkan apabila ada mengaitkan wanita dengan menyiang ikan sedangkan ia bukan penentu wanita itu hebat atau tidak kerana ada dalam kalangan mereka dibantu ayah atau suami.

“Jadi bagi saya, jangan stereotaip kerana kalau tak tahu, boleh belajar dan jika ada kelemahan jangan burukkan mereka (wanita),”jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wanita Hari Ini TV3 (@whitv3)

 

Tidak habis disitu, Syira menerusi kenyataannya kepada Harian Metro berkata, apa yang berlaku pada hari tersebut sebagai warna warni ketika bersiaran secara langsung.

“Segmen itu sebenarnya nak bagi penonton dekat dengan kita dan tengok gelagat pengacara.

“Semua orang pun ada pengalaman kali pertama dan secara peribadi, saya ambil nasihat diberi serta tak terguris dengan kata negatif.

“Sejujurnya saya beli ikan siap siang di pasar jadi benda itu biasa dan tak sangka sampai satu Malaysia ‘bergaduh’ disebabkan itu.

“Hanya beberapa komen saja yang saya sempat baca sebenarnya dan ramai juga wanita kongsi kali pertama pertama siang (ikan) dan buat di depan mentua jadi saya ambil positif saja kerana baru setahun mengacarakan WHI,” ujarnya.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 May 2019
Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Selamat Tinggal, Boyzone!

Boyzone turut memilih Indonesia kerana sambutan di kalangan peminat yang diterima amat luar biasa!

Featured Wed, 19 Oct 2022

“Apa Ni! Macam Lesen Lembu Je…” – Michael Ang Terkejut Rantai Emas Milik DSV, ‘Claim’ Hanya Kak KM Saja Sanggup Pakai

Pengarah terkenal Michael Ang kembali mencuri perhatian warganet apabila tular satu video yang menunjukkan dirinya terkejut dengan koleksi barang kemas milik Datuk Seri Vida (DSV). Umum mengetahui, walaupun hubungannya dengan Vida baik namun, itu tidak […]

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
Trending Thu, 23 Jul 2020

Dua Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikesan

Siada lagi pertambahan kes selepas ini

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang, Dira Abu Zahar Dah Siap Sedia!

” Kalau boleh saya mahu ikut cara beliau yang amat mengambil tahu kesusahan rakyat dan bagaimana beliau mendidik anak muda agar lebih berketerampilan,” katanya.

Hiburan Tue, 16 Jul 2024

“Tutup Pintu Hatiku & Ku Buang Rasa Cinta Terhadap Manusia”- Bekas Isteri Pertama Datuk Red

Semoga Allah beri kekuatan kepada Datuk Red dan bekas isteri pertamanya ❤️

Featured Wed, 29 Sep 2021

Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Untuk..

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan  kebenaran rentas negeri bagi tujuan aktiviti pelancongan hanya dibenarkan menerusi Gelembung Pelancongan Langkawi. Menerusi kenyataan rasmi daripada MOTAC, kebenaran itu masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan […]

error: Content is protected !!