Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Atiqah Johari December 27, 2023 @ 8:07pm

Tuntut Ganti Rugi Sebanyak RM5 Juta, Ustaz Ahmad Husam Saman Fitnah Terhadap 4 Individu

Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Husam Muhamad Baderudin telah memfailkan saman fitnah terhadap empat individu dengan jumlah RM5 juta kerana sebuah kenyataan fitnah sebelum ini di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Memetik laporan Harian Metro, empat individu yang difailkan saman fitnah ialah pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Keenam, Muhammad Mukhlis Maghribi, 36, dan bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim, 56.

Manakala, dua lagi individu ialah Ku Muhammad Khairul Amzad Ku Ahmad, 24, dan Mohd Fairus Shaari@Mohd Fazli, 29, yang dituduh bersekongkol memfitnah pendakwah tersebut.

Berdasarkan writ yang dikemukakan, saman berkenaan difailkan menerusi firma guaman Tetuan Zain Megat & Murad pada 14 Disember lalu, selepas notis tuntutan yang dikeluarkan pada 13 November lalu, tidak mendapat respon daripada individu berkaitan.

Peguam yang mewakili Ustaz Husam, Muhammad Asyraf Abd Aziz mendakwa Mukhlis telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram beliau iaitu ‘sesiapa nak tgk Ustz Scammer boleh pi standby kat Mahkamah Kangar esok (22/6/23) pagi, lebih kurang pukul 8.30am’.

Kongsinya lagi, individu yang dikenali sebagai Zamil kemudian menulis dan mengeluarkan pelbagai kenyataan fitnah antaranya satu video yang dimuat naik di Facebook dengan menuduh Ahmad Husam kononnya sebagai penipu, menyalahgunakan wang derma orang ramai dan wang zakat.

“Plaintif menegaskan bahawa kenyataan fitnah yang diterbitkan defendan dalam notis berkenaan adalah berniat jahat bagi memberi kesan serta gambaran amat buruk kepada orang ramai bahawa plaintif adalah seorang penunggang agama yang tidak amanah, penipu dan tidak boleh dipercayai.

“Ahmad Husam mendakwa bahawa kesemua kenyataan yang dibuat Mukhlis dan Zamil bukan saja memfitnahnya, tetapi tuduhan jahat itu dibuat selepas beliau enggan membayar RM400,000 kepada Mukhlis.

“Wang sebanyak RM400,000 itu adalah sebagai wang penyelesaian bagi satu siasatan yang dikatakan dilakukan polis terhadap Ahmad Husam,” ujarnya.

Susulan itu, Ahmad Husam telah menuntut ganti rugi am sebanyak RM5 juta, permohonan maaf daripada defendan, perintah supaya defendan tidak mengulangi kenyataan fitnah seumpamanya, perintah supaya kenyataan fitnah berkaitan dipadamkan oleh defendan dan ganti rugi teruk.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 8 Sep 2019

Sanggup Rakam Dari Membantu Pemandu MicroSleep Kemalangan!

”Tukang Rakam Ni Disable Function Hon Ke?” Pemandu Didakwa ‘Microsleep’ Hingga Terbabas Rempuh Lori

Events Wed, 1 Jun 2022
Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Hiburan Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Sat, 5 Jul 2025
Featured Fri, 18 Mar 2022
Featured Mon, 19 Dec 2022

“Sampai Hati Kau Kenakan Orang Buta…” – Caliph Buskers Merayu Minta Bayaran

Macam mana boleh jadi macam ni? Semoga dapat diselesaikan dengan baik

Featured Thu, 25 Jun 2026

Sheila Rusly Kongsi Pesanan Arwah Ayah Mentua, Minta Cucu Tak Tinggal Solat Subuh

Sheila Rusly berkongsi momen menyentuh hati apabila mengimbau kembali pesanan arwah bapa mentuanya kepada cucu-cucunya sebelum ini.

Featured Tue, 21 May 2024

Gara-Gara Pertikai Serangan Tentera H*m*s, Azhar Sulaiman Tampil Mohon Maaf

Yang penting Behar mengaku kesilapan yang lain-lain tu masing-masing lah kita perbetulkan ek.😎✌️

error: Content is protected !!