Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: SGMS Faida June 25, 2018 @ 3:04am

Masyuk…Tawaran Gaji Lebih Tinggi Untuk Penebar Roti Canai Tempatan

Jika korang pakar dalam kerja menebar roti canai, ini mungkin berita baik!

Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) sedia menawarkan gaji penebar roti canai mahir dikalangan warga tempatan bermula RM1,600 ke RM1,800.

Walau bagaimanapun, 

Presidennya, Ayoob Khan Muhamad Yakub berkata, tawaran itu tidak mendapat sambutan kerana kerjaya sebagai tukang masak di restoran India Muslim tidak popular dalam kalangan pekerja tempatan.

“Gaji itu sama dengan gaji pekerja asing yang kita berikan malah ada tukang masak pekerja asing menerima gaji mencecah RM7,000 sebulan.

“Bagi saya jika ada pekerja tempatan mahir dan sanggup bekerja selama lapan jam tak ada masalah,” katanya ketika sidang media di Wisma Primas, di sini, pada Ahad.

Bagaimanapun, beliau turut bercadang supaya kerajaan dapat mencari jalan membekalkan pekerja tempatan untuk bekerja dengan industri restoran mereka selain mengadakan karnival kerjaya khas untuk industri restoran dan pemakanan.

“ Karnival itu mungkin boleh melihat permintaan pekerja tempatan dalam bidang ini,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Sumber Manusia menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Julai ini

Sumber: Sinar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Lawak Habis! Jom Tonton Aksi Wheely Dan Putt Putt Yang Mencuit Hati

Wheely membuktikan filem tempatan juga setanding filem luar yang mempunyai kualiti tersendiri dan penonton Malaysia perlu sokong karya sehebat Hollywood ini. Korang kena tengok ok, memang kelakar!

Featured Wed, 7 Dec 2022
Featured Wed, 7 Sep 2022

“Saya Janji Tak Ada Hubungan Lagi” – Iqbal Hanya Berkawan Dengan DSV

Sesiapa yang single tu boleh lah cuba, Iqbal sedang mencari suri hati tu..

FESYEN Fri, 4 Oct 2019
Hiburan Tue, 18 Sep 2018

Netizen Dakwa Sakit Kanser Sengaja Direka, Apa Komen Elyana?

Sebelum ini, Elyana memberitahu dia turut fobia untuk tidur pada sebelah malam kerana takut tidak dapat berjumpa dengan anaknya keesokan pagi.

error: Content is protected !!