Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie December 31, 2023 @ 6:22pm

Suami Amyza Aznan Sudah Sedar, Keadaan Stabil Tetapi Masih Dipantau Di ICU

Selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang sejak 25 Disember lalu, pelakon, Amyza Aznan meluahkan rasa syukur kepada Allah apabilia suaminya, Khairil Idzhar Md Nazir sudah kembali sedar.

Memetik laporan Harian Metro, keadaanya suaminya kini sudah stabil.

Sungguhpun begitu, suaminya dilaporkan masih lemah dan perlu dipantau rapi di ICU ketika ini.

“Alhamdulillah, doktor beritahu keadaan suami stabil selepas sedar dari ditidurkan, dua hari lalu.

“Saya melawat suami di wad ICU semalam dan ketika nak beri dia minum serta buka alat bantuan pernafasan pun, keadaannya masih lagi lemah dan nak bercakap pun dia beritahu penat.

“Selain masih memakai alat bantuan pernafasan, makan pun masih melalui tiub lagi,” jelasnya.

Amyza memaklumkan, suaminya menghidapi penyakit buah pinggan dan perlu meneruskan rawatan dialisis.

“Suami juga perlu sambung rawatan dialisis di hospital dan saya juga tidak tahu berapa lama lagi dia akan dirawat di ICU,” katanya.

Amyza turut meminta orang ramai untuk mendoakan agar suaminya diberi kekuatan untuk melawan penyakit tersebut serta segera diberi kesembuhan.

“Menurut doktor, ia juga bergantung kepada kekuatan diri suami juga untuk melawan penyakitnya itu.

Jadi, saya memohon doa daripada semua agar suami segera sembuh,” ujarnya.

Sementara itu, Amyza mengucapkan terima kasih kepada pelakon dan pelawak, Didie Alias yang juga merupakan sahabat baiknya atas kesanggupan menjaga suaminya di hospital memandangakan dia terlibat dengan komitmen lakonan yang perlu dijalankan di Negeri Sembilan.

“Saya perlu menghabiskan baki penggambaran drama Yang Tahu Je Tahu di Rembau, Negeri Sembilan ketika ini.

“Pada masa sama, saya juga sentiasa berhubung dengan doktor dan pihak hospital untuk perkembangan suami dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 Jul 2025

[VIDEO] Sebak Lihat Kalimah Allah di Langit, DSV Niat Wakaf Banglo Jadi Pusat Pengajian Al-Quran Arwah Nurly

Tulisan khalimah Allah atas banglo lama DSV mahu wakah untuk arwah Nurly Shahirah

Featured Tue, 12 Oct 2021

“Terharu Sampai Bergenang Air Mata” – Ini Reaksi Fazura Bila Lihat Peminat Sarung…

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Perniagaan hijab yang diusahakan oleh aktres dan usahawan jelita, Nur Fazura semakin berkembang maju. Buktinya adalah apabila setiap Fazura melancarkan koleksi terbaharu tudungnya, pasti terus […]

Featured Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Berakhirlah Pencarianku Bakal Dinyanyikan Wani Kayrie, Ini Penjelasan Ernie Zakri

Lagu Berakhirlah Pencarianku duet Ernie Zakri bersama Hafiz Suip diumumkan berjaya layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37). Timbul persoalan apabila mereka berdua selaku penyanyi asal tidak akan menyanyikan lagu tersebut di pentas separuh […]

error: Content is protected !!