Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 2, 2024 @ 7:04am

Shaa Kembali Meriahkan Industri Seni, Pertaruhkan ‘Kau Bukan Milikku’

Selepas lagu “Biar Ku Pergi” (2018) dan “Tersentak di Dada” (2022), penyanyi Shaa kembali dengan single terbaharu berjudul “Kau Bukan Milikku” hasil ciptaan sepenuhnya oleh Mekiya.

Diterbitkan oleh syarikat rakaman Nova Music, Shaa atau nama sebenarnya, Juzratul Nisha Johari, 28, sekali lagi mempertaruhkan genre ‘Balada Pop Melayu’ yang dianggap kena dengan vokal dimiliki selain memenuhi permintaan pendengar.

“Genre lagu kali ini sama saja macam lagu-lagu terdahulu saya. Bagi saya, genre Balada Pop Melayu cukup kena dengan vokal saya. Malah, peminat juga memberikan maklumbalas baik untuk lagu-lagu saya yang bergenre sebegini.

“Lagu Kau Bukan Milikku ini mengisahkan mengenai pasangan yang menipu dalam percintaan. Dia seakan cinta sepenuhnya tetapi sebenarnya penuh sandiwara dan penipuan. Sedangkan pasangannya mengharapkan cinta sejati.

“Kalau diamati bait lirik lagu ini, ia mungkin ada kaitan dengan mana-mana pasangan yang pernah melalui episod percintaan sebegini. Jadi, mereka dapat rasa betapa pedih dan sakitnya hati,” katanya.

Menurutnya, lagu “Kau Bukan Milikku” ini mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri berbanding single sebelumnya.

“Lagu ini mempunyai kelebihan dari segi melodi dan lirik. Melodinya sangat menarik dan mampu memukau pendengar dengan lenggok melodi yang sedap didengar. Selain itu, liriknya juga sangat berkualiti dan mampu menyentuh perasaan setiap pendengar. Gubahan muzik moden dalam lagu ini tidak mengurangkan daya tarikan lagu ini. Sebaliknya, ia memberikan sentuhan segar kepada lagu ini agar seiring dengan trend terkini.

“Ia dapat menambat hati pendengar sehingga mereka berasakan bahawa lagu ini relevan dengan zaman sekarang. Selain itu, keserasian antara melodinya yang menangkap halwa telinga dan lirik-lirik yang bermakna menjadikan lagu ini mesra pendengar. Pendengar akan berasakan hubungan emosi yang kuat ketika mendengarkan lagu ini kerana ia mampu menggambarkan situasi atau perasaan manusia secara asli,” katanya.

Berkongsi lanjut, Shaa berkata, dia tidak mengambil masa yang lama untuk merakamkan lagu ini. Malah, kerjasama kali kedua dengan komposer Mekiya memudahkan lagi proses rakaman lagu ini.
“Kalau macam sebelum ini, proses rakaman ambil masa lama juga. Tapi untuk lagu ini, sekejap saja. Cuma, ia memberikan cabaran dari segi nak kena menjiwai lagu serta nak kena hafal melodi dengan cepat.

“Ini juga kali kedua saya bekerjasama dengan komposer Mekiya. Kali pertama menerusi lagu Biar Ku Pergi. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar,” katanya.

Sama macam single terdahulu, Shaa juga berharap lagu “Kau Bukan Milikku” ini mendapat sambutan baik di kalangan peminat dan pencinta muzik tanahair.

“Harapan saya sangat tinggi sebab saya dah buat yang terbaik untuk lagu ini. Harapan saya lagu ini diterima baik, disukai ramai dan menjadi hits yang teratas.

“Semoga lagu ini juga dapat mengharumkan nama saya semula dalam persada muzik tanahair dan tentunya mahu lagu ini tercalon di Muzik Muzik dan seterusnya ke Anugerah Juara Lagu,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 9 Dec 2024
Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Sebak…Kehilangan Pak Ngah Beri Impak Besar Buat Siti Nurhaliza

Allahyarham antara insan yang mula-mula menjaga Siti dalam menyanyikan lagu berirama tradisional. Malah, Siti sudah menganggap beliau seperti bapa sendiri.

#tilljannah Thu, 19 Jan 2023

Lucu! Gelagat Zahirah Macwilson Kacau Aiman Hakim Ridza Undang Tawa – “Suami Takut Kucing, Isteri Kuat Menyakat”

Bagi yang mengikuti kisah pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza, sudah pasti mengetahui mengenai aktor itu yang takut dengan kucing. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @fansofisaacraees […]

Hiburan Mon, 17 Feb 2025
Hiburan Thu, 18 Jul 2019
Featured Mon, 20 May 2024

Gara-Gara Isu P*lestin, Ning Baizura Terguris Diri Digelar Kristian – “Saya Juga Manusia, Punya Hati”

Tak baik tau kalau sampai menghina agama orang tu tau… Positif dan doakan yang baik-baik!✌️😎

Hiburan Mon, 12 Mar 2018

Ironinya judul lagu album ‘Puncak Kasih” Ziana Zain!

“I’m strong (saya kuat). Sebagai selebriti pelbagai perkara boleh berlaku. Tapi kena ‘move on’ (teruskan hidup) dan teruskan kerjaya.” Katanya

Featured Thu, 9 Mar 2023
error: Content is protected !!