Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Syamir Shafie January 3, 2024 @ 10:53pm

“Dia Sangat Disenangi Semua Orang” – Zarina Zainuddin Tak Boleh Lupa Jasa Baik Azar Azmi…Orang Pertama ‘Call’, Siap Tolong Tukarkan Tayar Pecah Sendiri

Pelakon berkaliber, Zarina Zainuddin masih terkenang budi baik Azar Azmi yang menghulurkan bantuan ketika tayar keretanya pecah usai penggambaran drama Derita Untuk Bahagia pada 2021 lepas.

Dedah Zarina, ketika kejadian tersebut berlaku, dia sempat memuat naik foto tayar keretanya yang pecah di laman Instagram miliknya serta meminta pertolongan daripada orang ramai.

Dia tidak sangka Azar menjadi orang pertama yang menghubunginya serta prihatin dengan masalah yang menimpanya pada saat itu.

“Azar ini sangat disenangi oleh semua orang di set ‘shooting’ kerana dia amat mengambil berat terhadap apa-apa yang berlaku di lokasi penggambaran.

“Pernah ada satu hari, kereta saya tayar pecah dan terus buat hantaran dalam Instagram, Azar hubungi saya dan dia yang datang bukakan sendiri tayar itu serta tolong pasang tayar baru.

“Saya sendiri pun tak boleh buat semua itu pada orang lain sebagaimana Azar datang menolong saya dengan ikhlas,” katanya.

Menurut laporan Harian Metro, Zarina kesal dengan tindakan segelintir netizen yang sewenang-wenangnya melemparkan kata-kata yang kurang senang serta membuat andaian sendiri berkenaan ketiadaan Azar.

“Menerusi hantaran itu (kehilangan Azar) ramai juga yang komen, tapi saya rasa sedih apabila ada banyak komen negatif yang tidak elok daripada netizen hingga akhirnya saya hapuskan saja hantaran berkenaan.

“Saya rasa kita tidak tahu cerita sebenar dan keadaan dia. Apa lagi, Azar pun sudah tiada ibu bapa di dunia ini dan anak yatim piatu.

“Jadi, pada kawan-kawan jadi tempat dia mengadu. Kasihanilah dia dan jangan terus menghukum tanpa kita tahu cerita sebenar,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina juga ada mencuba mengesan keberadaan Azar dengan menghubungi serta menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp namun masih tiada balasan.

“Saya fikir mungkin dia (Azar) sekarang nak ‘privacy’ sendiri. Jadi, kita doakan yang baik-baik untuk dia,” katanya.

Untuk rekod, kemas kini terakhir hantaran di Instagram Azar dibuat pada 6 Mei 2022, manakala difahamkan kali terakhir dia muncul membintangi drama di TV pada 2021 lalu.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Jul 2019

Tidak tenteram, pembeli rumah The Conjuring alami kejadian dalam filem!

Dalam filem pun dah nampak seram, kenapa beli?

Kisah Viral Tue, 5 Dec 2023

Jumlah Mangsa Gangguan Seksual Dalam Kalangan Lelaki Meningkat

Sebanyak 411 kes (27.7 peratus) melibatkan mangsa lelaki

Hiburan Wed, 19 Jul 2023
Featured Tue, 30 May 2023
Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Featured Sat, 12 Nov 2022

Iron Baju Umrah Ibu, Aksi Anak Wan Maimunah Undang Sebak Warganet

Pelakon terkenal Malaysia , Wan Maimunah yang akan mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi telah meraih perhatian warganet di media sosial. @aidahshermerican Semoga dipermudahkan urusan Ibu Dunia Akhirat… Salam rindu kami buat Rasulullah SAW. #wanmaimunah […]

Featured Mon, 7 Nov 2022
error: Content is protected !!