Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 4, 2024 @ 1:42pm

Minta Bukti Tak Dapat, Farah Lee Bakal Bawa Isu Tuduhan Hutang RM130,000 Ke Mahkamah… Individu Lempar Fitnah Pula Ajak Bersemuka! – “Mohon Beri Kerjasama”

Aktivis sosial, Farah Lee tampil memberi respons berhubung tuduhan tidak melangsaikan hutang arwah bapanya berjumlah RM130,000 ribu terhadap seorang individu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Farah tidak menafikan terdapat individu menuntut hutang namun pihaknya meminta lampiran bukti gara-gara jumlah hutang yang besar.

“Kami akui menerima tuntutan hutang daripada pihak berkait pada tahun 2017. Namun, memandangkan jumlah yang dituntut adalah sangat tinggi, wajar bagi kami untuk mendapatkan sebarang bukti berkenaan tuntutan tersebut.

“Walaubagaimanapun, sehingga kini tidak ada sebarang bukti bertulis mahupun tidak bertulis serta tidak ada sebarang saksi yang berjaya dikemukan kepada kami melainkan khabar angin semata-mata.

“Kami dengan sekeras-kerasnya menolak sebarang pertuduhan ke atas kami terutama sekali ke atas arwah ayah kami,” tulisnya.

Farah Lee

Farah Lee

Dalam masa yang sama, Farah turut berkata pihaknya akan membawa isu ini ke mahkamah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Lee (@farahlee_)

Terkini, berdasarkan pemerhatian XTRA, individu yang melemparkan fitnah tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Farah menerusi satu hantaran di platform X.

Jelas individu berkenaan, dia menyedari tidak seharusnya menggunakan platform media sosial untuk menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung isu hutang sehingga mencemarkan nama pempengaruh, Farah.

Susulan itu, pihak tersebut itu turut meminta kerjasama Farah untuk bertemu dengan individu dipercayai rakan arwah bapanya bagi menyelesaikan konflik tersebut.

“Dengan itu, saya dan kakak memohon kerjasama dari pihak Farah untuk berjumpa dan berbincang perihal isu ini dengan ayah saya secara ‘private’,” tulisnya.

Farah Lee

Sebelum ini, heboh dakwaan mengatakan Farah dan keluarganya gagal membayar hutang berjumlah ratusan ribu ringgit menerusi platform X.

Artikel Berkaitan: Individu Tuntut Hutang Bapa Sejak Tahun 2000, Minta Bekas Personaliti TV Wanita Langsai RM130,000 – “Bapak Meninggal, Anak Kena Settle!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Jan 2026

“Izara Aishah Artis Kelas A! Saya Ingatkan Dia ‘Diva’, Tapi…” – Aliff Syukri

“Saya tak sangka Izara Aishah terima. Saya jangkakan dia ‘diva’, tapi…” – Aliff Syukri.

Featured Tue, 7 Apr 2026

“Kalau Dapat RM30,000 Mama Boleh Je Transfer, Tapi Saya Nak Buat Dia Bangga” – Cik B

Cik B mengakui memasang harapan dan  matlamat selepas menyertai program realiti nyanyian Talk To My Manager (TTM) musim kedua.

Featured Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Hiburan Thu, 14 Mar 2019

‘Kalau Tak, Saya Nak Makan Apa?’- Altimet Nafi Kecil Hati Dengan Komen Netizen

Setiap benda yang saya buat mesti ada orang kecam. Jadi saya risau kalau buat sesuatu orang tak kecam, maknanya…

Trending Wed, 3 Feb 2021
Trending Tue, 2 Jan 2018

Leka Dengan Telefon Bimbit, Hilang Kaki Kanan

Seorang wanita di China terpaksa menanggung derita apabila kehilangan kaki kanannya akibat tersepit dengan pintu lif yang rosak.   Rakaman CCTV lif tersebut menunjukkan seorang perempuan berambut pendek sedang leka melihat telefon bimbitnya dan tidak […]

error: Content is protected !!