Trending By: Syamir Shafie January 9, 2024 @ 9:43am

Pagar Dilumur N*jis Manusia, Ustaz Ini Terkejut Taska Kena Sihir – “Patutlah Kanak-Kanak Menangis Dakwa Nampak Lembaga”

Seorang pengamal perubatan Islam, Ustaz Herman Sudil menceritakan pengalamannya merawat pesakit yang terkena sihir perniagaan.

Pelik tetapi benar, menurut Herman, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi menjatuhkan bisnes orang lain, termasuklah menggunakan najis manusia sebagai medium sihir.

Akui sering menerima banyak rungutan berkaitan penyakit akibat sihir, pengasas Pusat Rawatan Islam Bil Quran itu mendedahkan bahawa salah satu kes yang paling aneh serta menjijikkan pernah dialami adalah najis manusia dilumur pada pagar sebuah taska.

Herman berkata, pada awalnya, pengusaha taska mengadu bahawa ramai kanak-kanak di bawah jagaannya yang menangis sebaik sahaja sampai ke taska tersebut.

Setelah disiasat, rupa-rupanya terdapat sihir yang dihantar ke premis tersebut.

“Apabila ditanya, kebanyakan kanak-kanak mengatakan mereka melihat lembaga di pagar taska.

“Bimbang perkara buruk berterusan, pihak pengurusan taska meminta bantuan daripada kami,” katanya.

Prihatin dengan masalah tersebut, Herman terus membuat tinjauan di lokasi tersebut yang telah mengganggu ramai kanak-kanak sehingga menyebabkan mereka enggan ke taska terbabit.

“Apabila tiba di taska itu, kami berjalan di sekeliling taska berkenaan dan menemui lumuran najis manusia di pagar premis itu.

“Itu barangan tang digunakan untuk tujuan sihir kepada taska terbabit bagi menakut-nakutkan kanak-kanak di taska berkenaan” jelasnya.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan Harian Metro, Herman memberitahu beberapa tanda untuk mengesan adanya sihir yang dibingkaskan kepada pemilik perniagaan.

Orang yang terkena sihir biasanya berasa malas, lesu, tidak bersemangat ke tempat bekerja ataupun hilang minat berniaga secara tiba-tiba tanpa sebab yang munasabah.

Bahkan, peniaga juga mengalami sakit misteri yang sukar didiagnos oleh pihak hospital atau perubatan moden.

Dari aspek emosi pula, pesakit akan mudah rasa baran dan emosinya tidak terkawal.

Kata Herman lagi, tanda-tanda itu hanya berlaku ketika pesakit berada di sekitar premis sahaja sebaliknya apabila di rumah atau luar premis, pesakit akan baik-baik sahaja.

Justeru, Herman menasihatkan pesakitnya agar menjaga ibadah solat serta memohon perlindungan daripada Allah SWT.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Sep 2019

Is Someone Playing Jumanji Again In Terengganu?

First, tigers and ocra and now a black panther?

Trending Fri, 16 Mar 2018

泰国女富商「做功德」骑大象沿街洒钱

泰国孔敬府竹园县一名女富商,上周六(10日)骑大象趴趴走,同时沿途对路人洒钱,引来当地民众疯抢。据了解,这名女富商是在进行私人的做功德仪式,替泰王瓦集拉隆功诵经祈福;当天她送出了大约20万泰铢(约2.5令吉)。

Hiburan Fri, 19 Jan 2024
Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Fri, 13 Oct 2023

Sedang Berpantang, Nad Zainal Selamat Melahirkan Cahaya Mata Ketiga!

Alhamdulillah, congrats Nad Zainal & Ungku Ismail