Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi January 9, 2024 @ 3:13pm

Konsert di Singapura Sukses Dengan 1,500 Penonton, Aina Abdul Kongsi Perasaan Dengan Peminat Ketika Persembahan – “2023 Tahun Sukar, Saya Banyak Kali Hilang Diri Sendiri”

Penyanyi Aina Abdul meluahkan rasa syukur apabila konsert A Night With Aina Abdul Live in Singapore yang berlangsung pada Sabtu, 6 Januari lalu berjalan lancar.

Bertempat di The Theatre Mediacorp, Singapura, konsert anjuran Neptunes Presents yang mengandungi tiga segmen itu menghiburkan lebih 1,500 peminat.

Memulakan segmen pertama dengan penuh gaya, konsert yang diketuai oleh penerbit muzik terkemuka, Mac Chew itu menyaksikan Aina memulakan persembahan dari bawah pentas menyampaikan lagu Imaji.

Membawakan seleksi lagu Ghost, Kamu, Kelip-Kelip, Fool, Kejam, Shadow dan Maybe di segmen pembukaan, Aina anggun mengenakan busana ‘tali kasut’ rekaan Ezuwan Ismail.

Aina membuka segmen kedua dengan persembahan yang ditunggu-tunggu bersama penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri.

Memilih untuk menyampaikan lagu Gundah, paduan suara dua vokalis hebat Malaysia ini cukup rencah dan menaikkan bulu roma penonton yang hadir.

Aina dan Ernie membuktikan penyatuan dua suara dalam sebuah lagu boleh dilakukan tanpa pertandingan vokal, sebaliknya mereka berpadu untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Di pentas sama, Ernie turut menyampaikan single Masing-Masing yang terkandung dalam album terbaharunya yang berjudul Aura secara solo.

Memberi sentuhan peribadi dalam persembahan penuh bertenaga, Aina mengalirkan air mata sebelum menyampaikan lagu ‘I Lost Me’ di segmen ketiga.

“2023 adalah tahun yang sukar bagi saya, dari segi kerjaya dan kehidupan peribadi. Saya rasa saya hilang diri sendiri, banyak kali saya berada di situasi seperti itu di sebalik semua kegilaan dan kemilau busana gah yang saya sarungkan.

“Saya mengaku ia merupakan ‘passion’ saya, tetapi kadangkala saya rasa saya hilang dalam keghairahan itu.

“Saya menjalani kehidupan seharian yang sibuk, saya cuba untuk mengimbangi pelbagai perkara dalam kehidupan, harus memuaskan hati semua pihak, di rumah dan di tempat kerja. Sudah pasti, kadang kala kita manusia akan rasa ‘down’.

“Jadi untuk semua, saya nak mewakili anda semua, mohon terus bertabah mengharungi hari mendatang, bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri anda sendiri. Itu perkara yang sering saya ungkapkan kepada diri saya sendiri sebagai pembakar semangat,” kata Aina sebak sambil mendapat sorakan gemuruh peminat.

Aina menyifatkan ia sebagai pembuka yang cukup bermakna untuk memulakan kembara seni dengan penuh harapan dan kejayaan di tahun 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Duet Dengan Aina Abdul Sukses! Ernie Zakri Harap Tiada Peminat Toksik Cuba Melagakan Lagi – “Lepas Ni, Jangan Cakap Apa-Apa”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 20 Oct 2022

“Ini Petanda Apa Ya Allah…” – Masjid Raya Jakarta Islamic Center Terbakar

Baru-baru ini tular dimedia sosial apabila insiden membabitkan kemusnahan sebuah masjid di Jakarta Utara, Indonesia sekitar jam 3.10 petang waktu Malaysia mengejutkan ramai pihak. Sebanyak 6 lori bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi tujuan […]

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Yoo Jae Suk Becomes a Detective in New Show on Netflix

It seems like this will be another amazing show to follow. Lee Kwang Soo will be in it too!

Trending Sun, 31 Jan 2021

Arill Fesol Pertaruhkan “Bersangka” Demi Peminat

Wah, bakat baru dalam industri muzik 😍

Hiburan Tue, 20 Aug 2024

Isu Influencer Lelaki Bersolek Seperti Wanita, Ucop Tampil Beri Nasihat – “Tak Ada Masalah Tapi…”

‘Mereka bebas untuk buat content apa saja tapi kena bagi manfaat’ – Ucop

Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Hiburan Fri, 14 Feb 2025
Featured Sat, 22 Jan 2022

Lebih 20 Petugas Media Banjiri IJN Tunggu Perkembangan Terkini Kesihatan Tun M

Semoga Tun M berada dalam keadaan baik-baik sahaja❤️

Trending Wed, 4 Nov 2020
Trending Tue, 6 Mar 2018

Bacaan Ayat Suci Al-Quran Seorang Qari Kelantan Ini Cetus Fenomena Sensasi Hingga Ke Negara Arab Saudi

Pemuda yang bernama Mohamad Yusuf ini telah berjaya menawan hati masyarakat di negara Arab dengan kelebihan dan kemahiran beliau mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan baik.

error: Content is protected !!