Euforia Bola 2026
Filem By: Khairil Khusyairi January 10, 2024 @ 4:21pm

Kutip RM5.2 Juta Selepas 24 Hari Ditayangkan Di Malaysia, Filem Abang Adik Turut Sukses Raih RM13.5 Juta Di Taiwan 

Filem Abang Adik berjaya mengutip RM5.2 juta selepas 24 hari ditayangkan di seluruh negara sekali gus menjadi rekod sebagai filem tempatan paling banyak ditonton.

Lebih membanggakan, filem arahan pengarah Jin Ong itu adalah filem Malaysia pertama yang memecahkan rekod tayangan di Taiwan dengan kutipan pecah panggung sebanyak RM13.5 juta (NT$90mil).

Abang Adik juga telah mencetuskan fenomena dalam kalangan penonton apabila menyifatkan naskhah ini sebagai paling asli, mengangkat realiti perih hidup dengan baik, tidak klise malah tidak sedikit yang mengaku gagal menahan emosi termasuk mengalirkan air mata sepanjang menonton filem ini.

“Kami sangat berbesar hati untuk berkongsi keterujaan dengan kutipan sebanyak RM13.5 juta yang diperoleh Abang Adik di Taiwan sekaligus menjadi filem pertama Malaysia yang memegang rekod tersebut.

“Lebih membahagiakan kerana kejayaan dan sejarah yang dicipta di Taiwan telah berjaya dikekalkan sehingga ke Malaysia.

“Pencapaian yang diperoleh di Malaysia menjadi pembuka tahun 2024 yang sangat manis buat kami.

“Kejayaan Abang Adik tidak akan berhasil tanpa kerja keras, toleransi, bakat-bakat besar yang bergabung dalam filem ini dan tentu sekali dengan sokongan luar biasa penonton yang hadir ke pawagam dan menonton naskhah ini.

“Kami juga sangat berterima kasih dan terharu dengan respons serta komen-komen positif dan publisiti percuma menerusi reviu serta perkongsian dan gesaan kepada semua yang belum pernah menonton Abang Adik untuk datang ke pawagam dan menonton.

“Dengan sokongan peminat yang menghargai karya kami, Abang Adik dapat memperoleh kutipan pecah panggung untuk menutup tahun 2023 dan membuka kedatangan 2024.

“Terima kasih yang sebesarnya buat semua. Dan jangan berhenti mewarwarkan Abang Adik yang masih ditayangkan di beberapa pawagam kepada yang belum menonton.

“Dengan perolehan yang cukup memberangsangkan ini juga kami berharap agar penonton terus menyokong pembikinan filem Malaysia yang lain. Semoga filem Malaysia terus bersemarak dan membuka mata dunia tentang kehebatan karyawan seni tempatan,” ujar Jin Ong.

Sepanjang ditayangkan di festival-festival di luar negara, Abang Adik juga telah menerima pengiktirafan dunia apabila mencipta sejarah sebagai filem Asia Tenggara pertama yang menyapu bersih tiga hadiah utama di Far East Film Festival Ke-25 di Udine, Itali pada April 2023.

Naskhah ini malah berjaya membawa pulang trofi Golden Mulberry, Black Dra Critics dan Anugerah White Mulberry untuk filem cereka terbaik. Kang Ren juga dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Golden Horse Ke-60 untuk peranannya sebagai lelaki bisu dalam filem itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Kangin Officially Quits Super Junior After 14 Years

Breaking news! Another idol from a legendary K-pop group calls it quit!

Trending Fri, 25 Jun 2021

5 Inisiatif Tambahan Disediakan Bantu Golongan Terjejas

Kerajaan dalam usaha untuk bantu golongan terjejas…

Trending Mon, 18 May 2020
Featured Mon, 1 Aug 2022

“Ini Kes Yang Lebih Berat..” – Tindakan Fazura Buat Laporan Polis Cetus Persoalan Netizen

Alamak, apa kes ni? Walau apapun min harap semoga segala urusan dipermudahkan

Featured Wed, 8 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Fokus Pada Diri Sendiri & Jangan ‘Busuk Hati’, Remy Ishak Dedah Rahsia Kekal Relevan Dalam Industri

Untuk terus bertahan dalam industri bukan terletak pada saingan atau populariti, tetapi…

Hiburan Tue, 28 Apr 2026

Anggap ‘Ratu Balada’, Aina Abdul Pasang Impian Duet Dengan Mahalini – “Insya-Allah, Suatu Hari Nanti”

Aina menyifatkan Mahalini sebagai ‘ratu balada’ yang memiliki aura tersendiri dalam industri muzik.

Hiburan Sun, 7 Aug 2022

Pukau Penonton DFP, Aishah Bersyukur Konsert Berjalan Lancar Biar Berdepan Banyak Dugaan

Meskipun mengharungi pelbagai dugaan, penyanyi Datuk Aishah, 57, tetap berjaya memukau penonton dengan vokal  padunya  menerusi konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), malam tadi. Diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), […]

error: Content is protected !!