Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi January 11, 2024 @ 9:09pm

Dah 10 Tahun Bercinta, Zarina Zainoordin Syukur Kekasih Tak Berkira… Siap Tolong Bayarkan Duit Bulanan Rumah

Biarpun 10 tahun menjalin cinta dengan seorang ahli perniagaan, pelakon dan penyanyi Zarina Zainoordin menyerahkan soal jodohnya kepada Tuhan.

Menurut laporan Harian Metro, Zarina dia bersyukur apabila lelaki berstatus duda anak dua itu sangat memahaminya dan mempunyai kewangan yang stabil.

“Kami sudah 10 tahun berkawan dan tak dinafikan hubungan (cinta) dengan dia paling lama dan bertahan sampai sekarang. Dia seorang yang memahami saya, terbuka dan mempunyai kewangan kukuh.

“Dia berasal dari Perak dan berusia 52 tahun yang berstatus duda dua anak. Dua anaknya itu masih bersekolah dan dia juga bukan dalam kalangan orang seni kerana menjalankan perniagaan sendiri,” katanya.

Kongsi Zarina lagi, dia juga bersyukur apabila kekasihnya itu tidak pernah berkira soal kewangan termasuklah membayar sewa bulanan rumahnya.

“Saya memang dah tak nak (bercinta) dengan orang seni sebagaimana pengalaman dilalui sebelum ini, cukuplah. Sekarang, saya pilih yang berduit dan dia (kekasih) tahu mengenainya.

“Setakat ini, syukur juga apabila dia (kekasih) tidak pernah berkira dengan saya macam duit bulanan rumah. Tahu-tahu, dia dah tolong bayarkan dan saya amat berterima kasih kepadanya.

“Cuma, bagi soal jodoh dan perkahwinan, saya menyerahkan semuanya pada ketentuan takdir dan berdoa akan ada rezeki juga untuk kami hidup bersama sebagai suami isteri nanti,” katanya.

Pelakon drama popular Gol & Gincu itu mengakui dia dan kekasihnya tidak mempunyai tekanan untuk berumah tangga sebaliknya berserah kepada takdir.

“Alhamdulillah, walaupun saya dan dia (kekasih) sudah menjalin hubungan agak lama, namun kami memang tiada sebarang tekanan untuk segera menoktahkan percintaan ini dengan ikatan perkahwinan.

“Tapi, bukanlah kami tak nak berkahwin, namun macam yang saya kata, ia bergantung pada ketentuan Yang Esa. Keluarga pun tidak mendesak walaupun kalau ikutkan saya sebenarnya dah lama bersedia untuk berumah tangga,” katanya.

Untuk rekod, Zarina pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain gitar pada 2010, namun tidak kesampaian.

Zarina juga pernah menjalin cinta bersam beberapa pelakon lelaki namun jodoh tidak panjang.

Sumber: Harian Metro 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 May 2023
Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Dijangka Bersalin Bila-Bila Masa, Nubhan Tetap Mahu Isteri Hadir Ke Pelancaran MV Selamat Jalan, Cinta!

Penyanyi berusia 30 tahun itu turut berjanji akan setia menemani isterinya ketika melahirkan anak kedua mereka nanti.

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

SRK Tak Suka Bahasa Hindi?

Walaupun Hindi bahasa pertuturannya namun subjek itu yang paling tidak disukainya sehingga memaksa ibunya, Lateef Fatima, membuat ‘perjanjian’.

Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Duduk Terkangkang Dalam Masjid, Janna Nick Mohon Maaf

Ada pula  netizen yang telah merakam gelagat pelakon cantik ini duduk seakan-akan terkangkang sambil bermain fon. Aksi kurang sopan Janna itu lantas mengundang pelbagai kritikan dan kecaman dari netizen. Laju je netizen kan?

Hiburan Wed, 2 May 2018

Muka Seiras, Mungkinkah Ini Jodoh Aiman?

“Disebabkan semua kata muka kami sama, mak dah restu kami tinggal sekali. Hahahahaha. Puas kita adjust muka nak bagi sama. #twin,” tulisnya sinis di laman Instagram.

error: Content is protected !!