Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 16, 2024 @ 6:00pm

Kekal Tenang & Positif, Siti Nurhaliza Banyak Amalkan Istighfar

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi amalannya untuk kekal positif dalam mengharungi kehidupannya sama ada sebagai seorang anak seni mahupun insan.

Katanya dalam satu temu bual bersama portal hiburan, seseorang perlu banyak mengamalkan bacaan istighfar kerana khasiat membaca dan mengamalkan istighfar ini sangat luar biasa selain mudah untuk diamalkan.

“Istighfar adalah satu cara dan mudah untuk orang amalkan. Selain banyak khasiatnya.

“Dan kalau nak tahu, kalau orang nak cahaya mata istighfar banyak-banyak, kalau nak kurangkan sakit pun kena istighfar banyak-banyak… sebab apa? Kita ni selalu berdosa kan, jadi dengan memperbanyakkan istighfar kita juga memohon keampunan  kepada Allah.

“Itu paling mudah yang anda semua boleh buat,”katanya.

Selain itu, Siti yang juga lebih mesra dengan panggilan TokTi menjelaskan, sifat tenang dan sentiasa positif ibunya, Siti Salmah Bachik banyak memberi impak dalam dirinya.

“Mak saya ni orang positif sebab tu saya ikut cara dia. Mak kita ni akan jadi ikutan kita. Macam mana karakter mak pun kadang-kadang kita terikut.

“Dan apa yang anda semua lihat ni, memang banyak karakter mak saya. Sebab dia jenis yang lembut dan tidak mengambil kisah hal orang.

“Inshaa-Allah kalau kita hadapi sesuatu perkara tu dengan positif, dia akan kembali positif . Istighfar banyak-banyak, balik kepada agama dan juga sentiasa happy,”jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

 

Sumber: Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Akhirnya, Nelydia Senrose Dedah Cincin Tunang

Terbaru, melalui akaun twitternya, Nelydia dilihat telah berkongsi cincin yang tersarung dijari manisnya dengan menulis perasaan beliau pada ketika itu yang dilihat semakin bahagia

Hiburan Mon, 10 Feb 2025

[VIDEO] Nafi Terima RM400,000, Ziana Zain Bertegas Hanya Bantu Siasatan SPRM, Bukan Suspek

Zain Zain bertegas hanya menjalankan tugas sebagai duta syarikat perunding kewangan

Trending Wed, 12 Jul 2023
error: Content is protected !!