Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 12, 2024 @ 12:00pm

Travel 40 Buah Negara Demi #Daddybermatabiru, Farah Lee Akhirnya Kongsi Detik Perkenalan Dengan Suami – “Ingatkan Jatuh Kuda Je, Rupanya Terjatuh Cinta Sekali”

Walaupun sudah genap seminggu majlis perkahwinan diadakan, personaliti media sosial dan aktivis, Farah Lee masih menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet.

Mana tidaknya, berita perkahwinan yang diumumkan sejak 5 Januari lalu mengejutkan ramai pihak apabila Farah memuat naik fotonya berserta kapsyen ‘Okay done kahwin lagi sekali’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Lee (@farahlee_)

 

Enggan membuatkan pengikutnya terus berteka-teki, Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 32, secara terbuka berkongsi detik perkenalan dengan suaminya, Fuad Hashim.

Menurutnya, dia tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan lelaki yang memiliki sifat introvert dan pemalu. Bahkan, hanya bersebelahan kampung dengannya.

“Punyalah travel 40 negara cari jodoh, rupanya tengah tunggu dekat kampung sebelah sebelah. Pastu ingatkan jatuh kuda je, rupanya terjatuh cinta sekali,” katanya.

Dalam pada itu, Farah memaklumkan sejak tahun 2023 dia berdoa agar dapat menamatkan zaman jandanya pada tahun 2024 setelah 7 tahun bergelar ibu tunggal.

Selain itu, dia menyeru pengikutnya agar lebih spesifik dalam berdoa memandangkan Allah akan memberikan yang terbaik melebihi apa yang diminta.

“Tahun 2023 saya doa nak kahwin tahun 2024.

“Semua orang tanya nak kahwin dengan siapa.? Saya jawab entahlah, belum jumpa. Takpe doa dulu, supaya saya slow2 belajar untuk buka hati balik. Bla3 one year fast forward, first jumaat 2024 terus saya kahwin. Haa tak dan dan kan.

“Bukan korang je terkejut, diri saya sendiri pun terkejut dengan berita perkahwinan ni kahkah.

“Mintalah apa yang korang nak, be specific with your doa, yet at the same time lapangkan hati untuk terima apa yang Allah takdirkan sebab Dia sentiasa tentukan yang terbaik untuk kita. Tapi always, be specific with your doa,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Lee (@farahlee_)

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga.

“I love this and May Allah protect you and bless you! Tabarakallah!

“There goes misi daddy baru mata biru…mata cekelat jug arupanya. Semoga perkahwinan dirahmati Allah sehingga ke syurga. Amiin.

“Comel sangat lah.

“Tahniah Farah! Nak doa kahwin hujung 2024 juga lah,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 13 Apr 2020
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Thalia Mentor Bengang Facebook Kena Godam

Erk, siapa punya kerja pulak ni?

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Hadiah Kereta Untuk Ibu Dan Ayah

Sempena dengan kejayaan tersebut juga, Fattah menjelaskan bahawa kereta berkenaan yang dimenangi hasil sokongan setia peminat akan diberikan kepada ibu bapanya, Mohd Amin Muda, 50, dan Azizah Abdul Ghani, 47.  Umpama hadiah perkahwinannya bersama pelakon, […]

Featured Mon, 5 Dec 2022
Hiburan Sat, 14 Dec 2019

Resepsi Eizlan, Natasha Penuh Istiadat

Seperti pinang dibelah dua!

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

古天乐发高烧缺席《使徒行者2》大马首映!

古天乐发高烧缺席《使徒行者2》大马首映!马德钟接下棒子,与张家辉与监制乐易玲和导演文伟鸿准时赴约。

error: Content is protected !!