Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 14, 2024 @ 4:21pm

Pernah Terima Nasib Sama, Ini Pesanan Linda Onn Buat Tyzo – “Terpeleot Sikit, Bye! Menang ABP 7 Kali Pun Gantung Pada Kontrak…”

Bekas penyampai radio dan selebriti, Linda Onn meluahkan rasa simpati terhadap nasib menimpa rakan industri, Tyzo Xander yang ditamatkan kontrak serta-merta di radio Suria FM.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Linda yang juga pernah berkhidmat di radio Suria FM berkata kejayaan menaikkan nama dan rating radio tidak memberi jaminan kerjaya akan berterusan.

Linda mengimbas kembali pengalaman pahit manis ketika bekerja di Suria sehingga tidak menang tangan apabila tidak henti menerima panggilan daripada pendengar.

“Sebenarnya best kerja kat Suria ni dulu.. Best sebab strategi team kami berjaya naikkan rating Suria fm. Ingat lagi betapa saya terkejut bila baru nak sign kontrak dapat tahu pendengar 700,000 je…maklumlah kita dah biasa pendengar berjuta juta.

“Time tu suruh pendengar call pun phone tak berkelip. Tapi berkat usaha gigih team..ada HO ada Kudsia ada Adi ada kak Adibah Noor….

“Alhamdulillahh lepas tu dapat lebih 3 juta pendengar. Terus pendengar recognize Suria fm. Baru sebut topik, line phone menyala non stop! Hehe.. penangan kitorang dulu.,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Linda berkata kejayaan tersebut terhenti apabila diberitahu kontraknya tidak disambung meskipun berjaya membuat nama Suria dikenali.

“Tapi..ye lah..kejayaan kadangkala tak sentiasa dibalas dengan keindahan. Bila dah berjaya…kontrak kita tak sambung pulak tu.

“Padahal tengah rancak tu.. show kita paling high rating tu.. Ingat lagi pada hari terakhir diberitahu kontrak tak disambung.

“Baru nak masuk studio, bos panggil. Linda, kontrak tak sambung. Kepala terus fikir..alamak..ni kejap lagi nak interview Dayang untuk show Sabtu..

“Sedangkan hari terakhir kontrak sebelum Sabtu. Macamana tu? Kalau interview, suara Linda akan keudara hari Sabtu sedangkan hari terakhir keudara Jumaat. Haha..pening tak baca?,” katanya.

Sementara itu, Linda juga berkata memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sebnyak tiga kali tidak menentukan kontrak radio selamanya disambung.

“Tapi inilah realiti dunia radio. Dengar macam best. Terpeleot sikit, nasib kita di hujung ink pen tu.. Tengah sedap dapat rezeki, tengah sedap layan pendengar, tengah happy dengan pekerjaan, tup tup esok… Kontrak TAMAT! BYE. Sabar je lah.
Yang tahu dunia radio saja tahu.

“Banyak yang Indah tapi segalanya bergantung kepada “kontrak sambung ke tak” no matter u menang ABP 7 Kali sekalipun. Tak membantu ya anak anak,” tulisnya lagi.

Linda Onn

Sebelum ini, Tyzo yang telah bersama Suria FM selama lapan tahun itu mengakui berat untuk meninggalkan radio tersebut kerana bukan keputusannya untuk ‘berhenti’.

Sebuah video kata-kata terakhir Tyzo kepada DJ Lin yang mengucapkan terima kasih atas penganiayaan terhadapnya mendapat pelbagai respons daripada ramai pihak.

Sehingga kini, ruang Instagram deejay di segment malam itu dihujani komen-koman tohmahan netizen yang kesal Tyzo ‘dibuang’.

Bagaimanapun, DJ Lin berkata akan memberi penjelasan secara terbuka Jumaat depan.

Artikel Berkaitan: “Ini Harga Kena Bayar Untuk Kemenangan Penyampai Radio Popular ABPBH35,” – Dedah Dikhianati, Tyzo Tak Reda ‘Dibuang’ Radio

Artikel Berkaitan: “Kak Lin, Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini” – Tular Video Kata Terakhir Tyzo Pada DJ Lin Suria Cinta

Artikel Berkaitan: “Tyzo Berbakat & Berpengalaman, Jalan Terus Tanpa Peduli Orang ‘Toksik’ Itu!” – Azrul Zaidi Sifatkan ‘Politik’ Stesen Radio Kejam

Artikel Berkaitan: “Khidmat Tyzo Berakhir 12 Januari, Kami Telah Rangka Strategi & Perancangan Baharu Tahun 2024” – DJ Lin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

TWICE Momo Dan SUPER JUNIOR Heechul Disahkan Sedang Hangat Bercinta!

ONCE dan E.L.F approve tak hubungan mereka?

Trending Mon, 7 May 2018

Snapchat ‘Turun Padang’ Banteras Salah Guna Media Sosial!

Ini bermakna Snapchat bakal menyertai aplikasi lain seperti Instagram dan rangkaian sosial Google+ serta laman sosial pelopor dalam kumpulan itu iaitu YouTube, Microsoft, Twitter dan Facebook dalam ‘kod tata laku’ untuk melihat kandungan yang mencurigakan dalam masa 24 jam dan mengeluarkannya.

Trending Tue, 10 Mar 2020

Percaya Kahwin Lambat Dilabel ‘Andartu’, Kini Pengacara Terkenal Ubah Persepsi Soal Jodoh

Jangan sebab obses nak kejar umur, kahwin terburu-buru dan meluru..

Hiburan Sun, 17 Aug 2025

Harris J Kembali Dengan EP ‘Revival’, Simbol Perjalanan Spiritual & Kematangan Seni

EP Revival yang memuatkan enam buah lagu sarat dengan mesej keimanan, cinta serta perjalanan rohani.

Events Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Aina Abdul Letak Harapan Tinggi Untuk Lagu Terus Hidup

Penyanyi terkenal, Aina Abdul meletakkan harapan tinggi terhadap karyanya yang berjudul Terus Hidup di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) nanti. Menurut Aina, karya Terus Hidup ini merupakan karya yang paling disayanginya dan mahu berusaha […]

Featured Tue, 24 Dec 2024

Bercuti Di Atlantis The Royal, Individu Dedah Siti Nurhaliza Duduk Hotel Mewah – “Bilik Paling Murah Pun RM6,000 Per Night”

Beyonce Knowles juga dikhabarakan pernah diundang mengadakan private concert dengan bayaran paling mahal dalam sejarah.

Hiburan Mon, 21 Oct 2019

‘Saya Bukan Orang Kaya’ -Sham Visa

Lama menghilang, rupanya…

error: Content is protected !!