Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 14, 2024 @ 10:21am

Ibu Faizal Tahir Meninggal Dunia

Penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir memaklumkan ibu tercintanya, Muzlipah Aishah Pawanteh telah kembali ke rahmatullah.

Berita duka tersebut dikongsikan menerusi sebuah pautan di Instagram miliknya sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, pelantun lagu popular Sampai Syurga itu reda dengan pemergian ibunya, serta berharap agar orang ramai mendoakan ibu tercintanya.

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

“Rehatlah dan tenanglah di negeri abadi mama, cinta hati pertama saya. Mama dah buat yang terbaik untuk kami semua. Anak2 masih ada urusan di dunia. Kami menyusul kemudian. InshaAllah.

“Kepada yang mengenali ibu saya, Muzlipah Aishah bt. Pawanteh, mohon dihalalkan segala makan minum beliau dan diampunkan segala kekurangan dan salah silap beliau selama dalam kenalan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)

Menjengah ke ruangan komen, ramai menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bonda Faizal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jun 2024
Trending Tue, 10 Mar 2020

Percaya Kahwin Lambat Dilabel ‘Andartu’, Kini Pengacara Terkenal Ubah Persepsi Soal Jodoh

Jangan sebab obses nak kejar umur, kahwin terburu-buru dan meluru..

Hiburan Mon, 8 Jan 2024
Hiburan Wed, 10 Jan 2024
error: Content is protected !!