Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari January 14, 2024 @ 4:58pm

Didakwa Bersubahat Culik Anak Angkat, Ini Jawapan Noh Salleh! – “Saya Dah Buang Ego Contact Dia Tapi…”

Sebelum ini, penyanyi Noh Salleh didakwa bersubahat dengan pembantu rumahnya untuk membawa lari anak angkatnya, Musa.

Susulan itu, memetik temu bual Melodi TV3, Noh tampil membuka mulut bagi memperjelaskan mengenai dakwaan tersebut sekaligus menafikan kontroversi tersebut.

“Kehadiran kita (Noh) hari ini nak menyangkal story itu bahawa tak ada penculikan langsung.

“Saya diserahkan oleh ibu kandung dia untuk jaga dia (Musa) dengan rela hati amanah dia dapat kat saya bukannya ada perebutan. Dengan dokumen dengan ikut law sememangnya di bawah jagaan saya.

“Musa sangat happy sekarang well-being dia memang kita jaga. Memang kita difitnah lah melalui statement menyasar teruk. I have to stand up just tak ada unsur-unsur penculikan langsung,” jelasnya.

Disoal mengenai emosinya ketika dituduh menculik anak angkatnya, dia akui terganggu dan perkata itu membuatkannya untuk tampil memberi kenyataan sebenar.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Hujan ini juga menjelaskan dia tidak ditangkap atau dipenjarakan sebaliknya hanya hadir ke balai untuk memberi kenyataan kepada pihak polis.

“Goyang jugak tapi itulah mulut orang kan source dia kita tak tahu kat mana. The best is kita tampil jujur bagi statement yang betul.

“Tak ada langsung. Just turun ke balai just statement. Tak ada yang kena gari, nobody was yang masuk jail. Semua smooth. Polis minta buat statement, kita dah bagi. Polis pun Alhamdulillah bagi kerjasama. Diorang faham situasi memang tak ada unsur-unsur jenayah. Kita still tak faham mana datang unsur penculikan,” jawabnya.

Bukan itu sahaja, Noh juga mendedahkan bahawa dia telah menghubungi bekas isteri untuk berbincang namun tidak disambut hasratnya itu.

“Kita try dah macam-macam untuk contact yang belah sana (Mizz Nina) kita nak work together because everything is for Musa.

“Saya dah buang ego saya contact dia tapi malangnya gagal dihubungi. Tak tahu macam mana. On my side, saya dah bagi 150% untuk work it out untuk sit down discuss depan-depan. Saya dah buat tanggungjawab saya,” katanya lagi.

Bekas suami kepada penyanyi Mizz Nina ini juga menyatakan dia enggan mencipta drama kerana masing-masing sudah dewasa.

Keutamaannya ialah untuk memberi kebahagiaan kepada anak angkat mereka.

“Kita dah dewasa semua orang dah dekat 40 tak ada masa nak drama, tak nak gaduh. Kita dah contact semua orang keliling dia, saya contact dia tak dapat. Tak tahu kenapa macam tu.

“Number one mission kita, kita nak perdamaian. Kita nak both sides curahkan kasih sayang pada Musa. Saya bukan nak pisahkan Nina dengan Musa. Kita nak bagitau dia there’s a hole yang saya boleh isi and you don’t worry kita boleh jaga dia sama-sama. We did try to contact you.

“Kita nak dua-dua capai hak sama-sama menjaga Musa dan bagi yang terbaik,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: Vokalis Kumpulan Jadi ‘Dalang’, Arah Pembantu Rumah ‘Culik’ Anak Bawah Jagaan Bekas Isteri

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Dec 2024

Selesai Jalani Tempoh Idah, Fazura Anggap Pengakhiran & Permulaan Untuk Segalanya 

Fazura memuat naik foto miliknya dengan memakai pakaian berona putih beserta kapsyen.

Featured Wed, 2 Nov 2022
Trending Wed, 9 May 2018

皮卡丘的是老鼠还是兔子?作者亲自解谜原型竟是…

皮卡丘到底是兔子还是老鼠呢?近年因手游《精灵宝可梦GO》再度成为话题焦点,其中主角之一的皮卡丘是众多宝可梦迷的「好朋友」。许多民众也非常好奇,皮卡丘的原型究竟是什么动物呢?

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Maut Ditembak, R.I.P XXXTentacion

Penyanyi berusia 20 tahun dengan nama sebenar Jahseh Onfroy itu ditembak ketika sedang berada berhampiran sebuah kedai motosikal dan disahkan meninggal dunia sewaktu dirawat di hospital berdekatan.

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

陈思颐首办工作坊!鼓励大家 「从心爱乳房」

Cindy陈思颐配合「国际乳癌关注月」将于11月10日举办《女人二三事工作坊:从心爱乳房》,唤醒大众重视乳房健康及乳癌的重要讯息。

error: Content is protected !!