Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 19, 2018 @ 1:23am

Maut Ditembak, R.I.P XXXTentacion

Bintang hip hop terkenal dengan lagu Changes, XXXTentacion maut ditembak pada waktu siang di Pantai Deerfield, utara Miami di sini, semalam.

Jabatan Sherif Broward County dalam satu kenyataan berkata, penyanyi berusia 20 tahun dengan nama sebenar Jahseh Onfroy itu ditembak ketika sedang berada berhampiran sebuah kedai motosikal dan disahkan meninggal dunia sewaktu dirawat di hospital berdekatan.

XXXTentacion yang terkenal dengan irama ciptaan sendiri menduduki senarai teratas carta muzik Amerika Syarikat tahun ini.

Jurucakap jabatan sherif enggan memberikan maklumat lanjut manakala wakil XXXTentacion tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen.

Laman sesawang selebriti berkenaan, TMZ memetik rakaman audio panggilan dibuat ke jabatan sherif berkata, dua suspek yang memakai hud termasuk penembak bertopeng merah turut mencuri beg berjenama Louis Vuitton dari kenderaan milik mendiang, sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Anak jati Florida dan terkenal dengan fesyen rambut ‘dreadlock’, XXXTentacion mula menjadi kegilaan ramai apabila berkongsi lagu-lagunya di laman perkongsian SoundCloud, sebahagian besar berkisarkan kisah hidup mendiang yang mengalami masalah kemurungan serta jenayah lampau dilakukannya sebelum berjaya sebagai penyanyi.

Tanpa sebarang promosi, album kedua penyanyi itu yang diberi tajuk ‘?’ menjuarai carta album Billboard pada Mac lalu. – AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Dec 2018

Sarah Fazny Popular Di Indonesia?

Sementara itu, penyanyi berusia 23 tahun ini mengaku jumlah pengikut di Instagram naik mendadak sejak menyertai DAA 4.

Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Featured Thu, 2 Feb 2023
Hiburan Tue, 31 Mar 2026

Selepas ‘ILU’, Netizen Mahu Aepul Roza Buat Lagu Tema Perkahwinan Khas Untuk #BellaSyedYes – “Kebetulan Dah Ada, Mood Sangat Sweet”

netizen mencadangkan agar Aepul Roza menghasilkan lagu khas buat pasangan selebriti, Syed Saddiq dan Bella Astillah.

Featured Tue, 1 Nov 2022
Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Featured Sat, 31 May 2025
Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Menang Atau Kalah, Nana Redha…

Nana serah kepada peminat?

error: Content is protected !!