Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 26, 2018 @ 5:30am

Baru Kenal Tiga Bulan, Baim Wong Nekad Lamar Kekasih!

Akhirnya! Di usia 37 tahun, pelakon terkenal dari Seberang Baim Wong akhirnya mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang.

Baim yang pernah dikaitkan dengan pelakon Elfira Loy beberapa tahun lalu ini dilaporkan memilih seorang model terkenal Indonesia, Paula Verhoeven untuk dijadikan suri hatinya.

Menariknya, pasangan ini baru tiga bulan bercinta dan mereka tidak mahu menunggu lebih lama untuk naik pelamin. Terbaiklah Baim!

Menurut pelakon telefilem ‘Untuk Terakhir Kali’ ini, dia mempunyai sebab tersendiri untuk berkahwin walaupun baru tiga bulan bercinta.

“ Kita berkahwin kerana keburukan pasangan bukan kebaikan. Itu nasihat bapa kepada saya yang saya pegang.

“Setiap orang mempunyai kelainan masing-masing,” ujarnya.

Tahniah Baim! Tambahnya, dia telah melihat keburukan Paula sepanjang tempoh tiga bulan percintaan mereka dan dia menyatakan, kelemahan bakal isterinya itu mampu ditanganinya.

“ Kami mampu untuk bertolerasi dengan sisi keburukan masing-masing,” akhirinya.

Selamat Pengantin Baru, Baim Wong dan isteri. Semoga berbahagia selamanya hendaknya, Amin…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Nov 2025
Drama Mon, 16 Jan 2023
Events Wed, 19 Dec 2018

CJ WOW SHOP Luaskan Pasaran Menerusi Segmen Terbaru Dalam Bahasa Mandarin

Jadi, jangan ketinggalan untuk dapatkan diskaun dan mata ganjaran di CJ WOW SHOP!

Featured Fri, 10 Mar 2023
Featured Wed, 14 Aug 2024
Hiburan Mon, 28 Jan 2019

Anak Mendiang Micheal Jackson Tertekan Dengan Dakwaan Liwat

Dakwaan kes liwat didedahkan menerusi dokumentari Leaving Neverland itu membuatkan Paris kemurungan seterusnya menyembunyikan diri.

Events Fri, 15 Jul 2022
error: Content is protected !!