Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 26, 2024 @ 5:12pm

“Tergamak Mereka Hina Saya” – Dihentam Teruk Dengan Rakan Industri, Shiha Zikir Pernah Hampir Nak B*n*h Diri

Penyanyi Shiha Zikir mendedah pernah terdetik dalam hati untuk menamatkan riwayat hidupnya gara-gara tidak tahan dengan kecaman yang dilemparkan di media sosial.

Memetik laporan Berita Harian, Shiha akui perasaannya ketika itu sangat tertekan sehingga hampir hilang pedoman namun dengan sokongan keluarga menghalangnya melakukan perkara yang bukan-bukan.

Sejak itu, pelantun lagu Irama ini semakin kuat dan matang dalam berdepan situasi yang boleh menjejaskan emosinya.

“Saya pernah cuba mencederakan diri dan terfikir tiada gunanya untuk saya teruskan kehidupan sebab saya tak tahan dengan kecaman.

“Apa dosa saya kepada mereka hingga tergamak hina saya? Kecaman netizen masih boleh diterima, tetapi apabila kata-kata itu datang daripada rakan industri sudah tentu melukakan hati.

“Mereka memandang rendah dan minta saya berdiri depan cermin sambil bertanya apakah saya layak berada dalam industri bersama mereka.

“Saya menangis apabila teringatkan kata-kata menghiris hati ini. Namun, bila merenung semula, saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang menghina saya.

“Ada hikmah yang tersembunyi di sebalik perbuatan mereka itu. Mereka menjadikan saya lebih kuat dan tabah dalam menghadapi apa sahaja dugaan.

“Saya tidak lagi ‘lembik’ macam dulu. Malah, saya kini lebih tenang dan bersikap rasional terhadap apa sahaja kata negatif netizen terhadap saya,” katanya.

Terdahulu, namanya hangat diperdebatkan di aplikasi X gara-gara lagunya berjudul Kalam mara ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) serta melabelkan dirinya sebagai artis ‘sendu’.

Namun, Shiha kini mengambil pendekatan untuk tidak melenting dan hanya bersangka baik dengan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

“Apa yang penting, jaga kesihatan mental. Allah kurniakan rezeki dan saya tak nak sia-siakannya. Saya sekarang lebih kepada berlapang dada dalam menerima kritikan.

“Dulu kalau ada netizen tinggalkan komen bukan-bukan, saya akan balas, tapi kali ini saya biarkan sahaja. Mungkin apa yang mereka katakan ada kebenarannya, jadi saya ambil positif sahaja.

“Sekarang saya hanya nak berbaik dengan semua orang,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Nov 2018

Pengarah TUJUH Kecewa Dengan Salah Seorang Pelakonnya?

Alamak…kenapa agaknya pelakon wanita itu tak muncul di majlis pelancaran Tujuh ya?

Featured Mon, 9 Jul 2018
Hiburan Thu, 2 Jan 2025

Wawa Zainal, Aeril Zafrel Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta Bukan Untuk Menunjuk-Nunjuk

Wawa Zainal dam Aeril Zafrel mahu mengajak peniaga Islam lain menjalankan tanggungjawab mereka.

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Hiburan Fri, 20 Feb 2026

Pengikut Instagram Tak Ramai, Izzul Faiq Teruja Diberi Peluang Bintangi Filem Arahan Adrian Teh

Izzul Faiq membawa karakter antagonis dalam filem terbaharu arahan Adrian Teh.

Hiburan Fri, 18 Jul 2025
Trending Fri, 23 Apr 2021

Khai Bahar Cerita Kisah Cinta Penuh Dugaan

Penyanyi Khai Bahar menceritakan kisah cinta penuh dugaan menerusi lagu terbarunya yang berjudul Hilang Gelita. Diterbitkan syarikat rakaman 17 Eleven Music, single terbabit dicipta khas untuk drama Kisah Cinta Rumi yang bakal di tayangkan di […]

error: Content is protected !!