Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 16, 2024 @ 5:43pm

Wanita Dedah Hampir Jadi Mangsa Rogol Artis Popular?

Heboh di platform media sosial TikTok mengenai pengakuan seorang wanita yang mengatakan dia hampir mangsa rogol selebriti terkenal.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita yang berkawan rapat dengan jejaka tersebut berkata kejadian berlaku sekitar 18 Oktober tahun lalu.

Menjelaskan lebih lanjut, wanita berkenaan berkata, aktor itu mengajaknya keluar lewat malam jam tiga pagi.

“My biggest trauma in 2023. Terlalu degil nak jumpa someone tu sebab ingat dia nak lepak je, then tak berani buat police report lepas almost got raped dengan someone yang aku kenal.

“Kejadian tu masih segar dalam ingatan. 18 Oktober 2023, lebih kurang jam 3 pagi,” katanya.

Dalam pada itu, wanita itu juga tidak membuat laporan polis kerana mahu mendapatkan lebih banyak bukti daripada mangsa lain.

Di akhir hantaran itu, wanita tersebut memberi pesanan kepada pengikutnya di TikTok mengatakan golongan selebriti juga tidak boleh dipercayai.

“Saya nak dapatkan lagi banyak bukti from perempuan lain yang pernah jadi mangsa dia.

“Pesanan untuk semua, sesetengah artis pun tak boleh dipercayai,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pihak yang menegurnya kerana keluar dengan jejaka lewat tengah malam namun wanita tersebut menjelaskan selebriti itu membohinginya mengatakan rakan-rakan mereka yang lain turut ada bersama.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada penjelasan lanjut mengenai dakwaan wanita tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Jan 2026

Gelar Golongan Suami Lembik, DMA Islam ‘Set Rule’ Untuk Isteri Patuhi

DMA secara terbuka mengkritik segelintir lelaki yang disifatkannya sebagai ‘lembik’

Trending Wed, 23 Sep 2020
Trending Wed, 20 Nov 2019

Limited G-Dragon X Nike Collab Sneakers Got Resold For RM35,000; That’s Almost RM34,000 More Than Its Normal Price!

G-Dragon, who doesn’t know him? Even if you’re not a fan of K-Pop or a fan of fashion, you must have at least heard of “wow, fantastic baby” once in your entire life. And who […]

Contest Thu, 25 Apr 2019

xtra好康头 | 送你黎明《METRO LIVE》云顶演唱会入门票

xtra好康头送你《黎明「METRO LIVE」云顶演唱会》入门票,让你沉浸在青春的满满回忆中!

Trending Thu, 18 Oct 2018

Sejak Lukisan Ombak Tular, Wanita Muda Ini Terima Banyak Tempahan

Nasha mendapat inspirasi lukisan laut dalam dan ombak daripada lagu The Beach.

Featured Fri, 29 Aug 2025
error: Content is protected !!