Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 16, 2024 @ 3:43pm

[VIDEO] Meremang! Maryam Durian Kimchi ‘Payung’ Lagu Aku Bidadari Syurgamu, Netizen Komen: “Nyanyian Menusuk Ke Jiwa, Sampai Menangis Aku!”

Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi mencuri perhatian selepas menyanyikan semula lagu yang dipopularkan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Namun, apa yang paling mengujakan adalah, nyanyian lagu berjudul Aku Bidadari Syurgamu itu merupakan lagu berbahasa Melayu pertama yang dinyanyikan secara ‘cover version’ oleh Maryam.

“Ini adalah lagu Melayu pertama saya, harap anda semua suka,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak menyangka Maryam boleh menyanyikan lagu tersebut dengan baik.

Malah, penghayatannya terhadap lagu tersebut juga harus dipuji apabila warganet turut berasa sebak mendengarkan nyanyian tersebut.

“Meremang weyh dengar Maryam nyanyi no wonder masa reherasal dengan cikgu Shafi, Rina pun nangis.

“Dah macam lagu Winter Sonata. Terbaik Maryam!

“Masya-Allah bestnya Maryam diberikan nikmat suara sedap.

“Betul lah, sedap sangat ni kalau nix dengan bahasa Korea mesti meletop!

“Terasa sedih sangat lagu Maryam nyanyi. Sampai ke hati, aku dengar nangis weyh,” komen netizen.

@uyounikThis is my first cover Malay song.. I hope korang suka🥰♬ original sound – Duriankimchi

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 200,000 tontonan dan menerima lebih 17,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 4 May 2020
Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Hiburan Wed, 30 Aug 2023
Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Sun, 7 Oct 2018

ABPBH31: Tiga Hos Gila-Gila Kongsi Rasa Menjelang Malam Kemuncak

Tak sabar nak tengok gandingan Ajak, Janna Nick & Zara Zya di pentas ABPBH 31 yang disiarkan secara langsung menerusi TV3, jam 9 malam ini! Anugerah ini mempertaruhkan 13 kategori utama dan lima kategori online. Jangan lupa tonton okay.

error: Content is protected !!