Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 17, 2024 @ 5:00pm

Netizen Lancar Petisyen Gesa Diberhentikan, Peminat Back Up DJ Lin!

Susulan penamatan kontrak bekas penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo Xander pada 12 Januari lalu, satu petisyen telah dilancarkan bagi menggesa Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau dikenali sebagai DJ Lin untuk segera melepaskan jawatannya.

Menerusi perkongsian dilaman web rasmi change.org yang dikendalikan oleh individu dikenali sebagai Mohd Faizal Legacy, dia mendakwa DJ Lin sudah tidak lagi relevan dan mereka yang terlibat dalam penubuhan petisyen ini berpendapat bahawa perubahan perlu dilakukan segera.

Malah, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Laporan Penyiaran Malaysia, terdapat penurunan mendadak dalam jumlah pendengar stesen tersebut.

“Kami percaya bahawa DJ Lin dari Suria FM sudah tidak lagi relevan dan kami merasakan perubahan diperlukan.

“Menurut data terkini, ada penurunan mendadak dalam jumlah pendengar stesen ini (Sumber: Laporan Penyiaran Malaysia).

“Oleh itu, kami menggesa pihak pengurusan Suria FM untuk mempertimbangkan permintaan kami agar DJ Lin meletakkan jawatannya,” katanya.

Sebelum ini, Tyzo yang juga pemenang Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35 itu mengejutkan ramai pihak apabila memaklumkan kontraknya telah ditamatkan usai mengendalikan segmen bersama Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Kak Rara.

Bahkan, Tyzo menerusi kenyataannya di Instagram meluahkan rasa terkilan kerana keputusan tersebut bukanlah dari pihaknya.

Sementara itu, penamatan kontrak Tyzo secara mengejut pada Jumaat lalu turut mendapat perhatian media berbahasa Cina.

Akhbar Sinchew melaporkan pemecatan Tyzo dikatakan berpunca daripada permintaan kenaikkan gaji.

ARTIKEL BERKAITAN:“Ini Harga Kena Bayar Untuk Kemenangan Penyampai Radio Popular ABPBH35,” – Dedah Dikhianati, Tyzo Tak Reda ‘Dibuang’ Radio

ARTIKEL BERKAITAN: “Kak Lin, Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini” – Tular Video Kata Terakhir Tyzo Pada DJ Lin Suria Cinta

Namun begitu, menerusi ruangan komen Instagram OhBulan! yang melaporkan mengenai petisyen ini, peminat mempertahankan DJ Lin.

Segelintir pengikut DJ Lin menzahirkan rasa simpati dan menganggap petisyen ini sebagai keterlaluan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

「城市巨响音乐节」齐聚20组来自亚洲各地歌手

音乐节阵容鼎盛,音乐风格丰富;来自亚洲各地的20组乐队与音乐人齐聚吉隆坡,展现音乐巨响力量!

Featured Tue, 26 Jun 2018

10 Jenis Makanan Ini Dipotong Dua, Hasilnya Sungguh Menakjubkan!

Agaknya bagaimana rupa makanan dalam kotak atau tin yang dipotong dua?

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

2018 DIJANGKA TAHUN LEBIH INDAH AMAR BAHARIN

Amar juga mengakui tahun 2018 merupakan tahun yang sangat sibuk bagi dirinya mahupun Amyra

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Shahir Raikan Hari Jadi Engku Aleesya

Namun, baru-baru ini kelibat Shahir kembali kelihatan menerusi gambar yang dimuat naik menerusi Instagram bekas wartawan hiburan, Intan Zabidin.

Trending Tue, 8 Oct 2019
Featured Wed, 11 Oct 2023

“Allah Dah Aturkan Jodoh Depan Mata…” – Kongsi Momen Cinta Berputik, Fattah Amin Mengaku Minat Fazura Sejak Awal Berlakon

Wah, ramai juga artis yang berjodoh asalnya sekadar jadi peminat je kan😍😍😍

Hiburan Fri, 8 Feb 2019
Trending Mon, 9 Oct 2023
Featured Mon, 20 Apr 2020
error: Content is protected !!