Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain October 9, 2023 @ 6:10pm

Yuna Bakal Adakan Konsert Jelajah Asia Di Kuching 27 Oktober Ini!

Penyanyi Yuna Zarai bakal mengadakan konsert jelajah Asia anjuran RK LiveAsia dan Icon Entertainment di Kuching, Sarawak, pada 27 Oktober ini.

Konsert yang bakal diadakan di Hikmah Exchange itu sekali gus dijadikan sebagai buah tangan dari Yuna buat peminatnya di sekitar Borneo.

Menurut penganjur Iman Tang dan Rahul , Yuna Asia Tour bakal mencipta momen tersendiri di antara penyanyi kesayangan ramai ini dengan penggemar yang sudah lama menantikan beliau kembali ke tanah air lalu mempamerkan kredibiliti seninya.

Tidak mengikut ‘arus’ memulakan sebuah konsert besar di ibu kota Kuala Lumpur, RK LiveAsia dan Icon Entertainment sebaliknya yakin Yuna Asia Tour yang bakal dilangsungkan di Borneo, terutama Kuching, Sarawak akan sukses.

“Yuna Asia Tour akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 27 Oktober 2023 ini.

“Dengan imej dan ‘kuasa’ Yuna, di mana pun lokasi persembahannya ia pasti akan mendapat sambutan luar biasa.

“Ini Yuna, seperti istimewanya wanita yang berhati besar membawa jauh karya-karyanya mengembara ke pelbagai pelusuk dunia, kami di RK LiveAsia dan Icon Entertainment percaya Kuching akan menyaksikan sebuah persembahan spektakular daripada beliau.

“Save the date guys, 27 Oktober 2023. See you guys soon,” katanya.

Dengan antusias yang sangat tebal meski datang dari sebuah negara ‘kecil’, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai ini sedikit pun tidak gentar membawa karya dan menambah ilmu di benua lain di dunia.

Umum mengetahui, Yuna bukan sahaja menembusi pasaran lewat kolaborasi bersama figura-figura tersohor seperti Usher dan Jay Park, namun yang penting bagaimana karya miliknya diterima baik oleh pendengar di seluruh dunia.

Malah, pelantun yang terkenal menerusi lagu Dan Sebenarnya ini turut dipinang meastro muzik David Foster untuk ikut bernaung di bawah Verve Music Group.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Yuna Asia Tour ini, nantikan pengumuman pada Khamis, 28 September pukul 10 pagi sementara jualan tiket akan mula dijual 2 Oktober (Isnin), pukul 12 tengahari di https://www.ticket2u.com.my/event/32887.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 May 2026

Selepas Lebih Sedekad Bergerak Solo… Asfan Shah Kini Bersama Asfan & Manusia, Lancar Single ‘Dusta’

Asfan Shah kini tampil dengan langkah baharu menerusi penubuhan kumpulan Asfan & Manusia.

Featured Sat, 5 Nov 2022
Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Trending Thu, 23 Aug 2018

Suspected Peeping Tom Passes Away After Beaten Up by Social Justice Warriors

The people involved in beating the man up might be charged for murder!

Featured Sat, 11 Dec 2021

Tempoh Diskaun Saman Dilanjutkan Sehingga Rabu Ini

Jangan lupa jelaskan saman korang!

Trending Thu, 4 Apr 2019

为什么女人比男人长寿?10张照片完整解答

科学家告诉我们:女人比男人长寿的原因相当多,其中就因为男生大脑的额叶发展比女生来得缓……

Featured Thu, 9 Mar 2023
error: Content is protected !!