Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 8, 2022 @ 10:45am

Diminta Untuk Beraksi Ranjang, Zahiril Adzim Tolak Tawaran Produksi Hollywood Demi Prinsip & Agama

Pelakon Zahiril Adzim mengakui pernah ditawarkan oleh sebuah produksi Hollywood untuk melakonkan adegan ranjang di atas katil.

Menurut Zahiril, dia terus menolak tawaran tersebut tanpa berfikir panjang demi menjaga prinsipnya sebagai seorang beragama Islam.

“Saya pernah menolak tawaran lakonan dengan produksi Hollywood beberapa tahun lepas dan sudah lupa judulnya.

“Baru sahaja membaca skrip, belum apa-apa sudah ada babak intim atas katil yang memerlukan saya dan pelakon wanita berbogel separuh badan. Terus saya ucap selamat tinggal,” katanya.

Memetik laporan Kosmo, pelakon itu mempunyai hasrat untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan ke peringkat antarabangsa, namun dia tidak akan sesekali melanggar hukum agama.

“Saya bukanlah mengejar sangat Hollywood tetapi jika diberi peluang siapa yang tidak mahu.

“Namun jika kerja itu meminta untuk melawan hukum Allah, saya rela tolak,” ujarnya.

Zahiril juga menyatakan dia tetap teguh dengan prinsip hidupnya, biarpun tugas sebagai pelakon perlu mencabar diri untuk melakonkan watak-watak tertentu.

“Ya, seorang pelakon sepatutnya perlu lakukan apa sahaja demi watak. Bergantung kepada pelakon itu sendiri.

“Bagaimanapun, saya ada agama dan prinsip sendiri. Saya tidak akan sesekali ketepikan perkara tersebut,” ujarnya lagi.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 11 Nov 2018

Bii毕书尽:马来西亚是我第3个家!

睽违两年在大马开唱的Bii毕书尽,直言大马是他的第3个家,一路陪伴他成长!

Kisah Viral Thu, 23 May 2024
Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Featured Tue, 6 Dec 2022

Netizen Puji Kejelitaan Azira Shafinaz – “Gigi Hadid Versi Malaysia!”

Penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz sekali lagi mencuri tumpuan ramai dengan kecantikannya. Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian di laman TikTok, video yang dimuat naik Azira telah berjaya meraih perhatian. Menerusi hantaran tersebut, Azira memakai baju hitam […]

Hiburan Sun, 25 Aug 2019

Wow…Melly Goeslaw Jadi Tokey ‘Ole-Ole’ Pula!

Semoga dapat sambutan dari orang ramai di Bali!

Featured Sat, 29 Oct 2022

Jaga Hati Isteri, Aksi Teuku Ryan Pegang Tangan Ria Ricis Raih Perhatian

Pelakon dan YouTuber Indonesia, Ria Ricis tular di media sosial kerana menerima layanan sangat baik suami, Teuku Ryan. Ryan yang memegang tangan Ricis semasa seorang pekerja butik yang tiba-tiba datang mendekati mereka untuk membetulkan cara […]

Featured Fri, 25 Nov 2022
error: Content is protected !!