Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 28, 2021 @ 9:32am

“Golongan Dewasa Sehingga Kanak-Kanak Semua Bagi Respons Positif” – Alyah Terkejut Ramai Gemarkan Single ‘Thank You Allah’

Jika diperhatikan di laman sosial terutamanya di laman Instagram, lagu Thank You Allah nyanyian Datin Alyah sering digunakan oleh semua golongan masyarakat sehingga ke hari ini.

Biarpun lagu itu dilancarkan pada April lepas, ramai pengguna laman sosial menggunakan lagu terbabit untuk menzahirkan rasa kesyukuran mereka, terutamanya di ruangan Instagram Stories.

Bertemu dengan Alyah, dia terharu apabila lagu kolaborasinya bersama Cat Farish dan PU Riz itu kekal menjadi pilihan pendengar pelbagai peringkat usia.

“Rasa bersyukur sangat, rasa terkejut pun ada. Pada usia 40 tahun begini, kanak-kanak sampailah orang dewasa sukakan lagu kerohanian seperti itu. Ada yang kongsi di media sosial dan sebagainya. Terkejut juga saya. Saya bukanlah penyanyi yang viral tetapi lagu itu menjadi pilihan ramai,” katanya.

Gembira kerana percubaannya untuk menampilkan lagu kerohanian dan bertemakan sesuatu yang positif mendapat respons baik, Alyah bakal mengeluarkan single baharu tahun hadapan.

“Sejujurnya, saya rasa sangat gembira. Tapi bagi saya, itu rahmat paling besar dari Allah. Hakikat itu menjadi perkara terawal yang saya fikir apabila lagu tersebut cepat menangkap halwa telinga pendengar. Insya-Allah, nantikan buah tangan terbaharu saya tahun hadapan,” katanya.

Pelantun lagu Meluruh ini ditemui pada majlis memerterai perjanjian di antaranya dan Kamya Glow di Kamya Glow di Bukit Jelutong, Selangor, pada Jumaat.

Sesi tersebut dilihat sebagai satu langkah mengembangkan kolaborasi perniagaan Alyah bersama produk itu dalam bidang kecantikan dan kesihatan.

“Saya percaya semua orang sukakan kecantikan. Oleh itu, kandungan ekstrak dan organik yang baik menerusi produk ini serta kolagen marin di dalamnya dapat membantu menyelesaikan pelbagai masalah wajah.

“Kami juga membuka peluang kepada mana-mana peminat untuk mengambil peluang meningkatkan pendapatan menerusi program ‘dropship’ dan ejen yang sedia ada. Lebih menarik, kami juga bakal mengadakan promosi jualan akhir tahun pada Disember ini bersama pelbagai kejutan yang menanti pembeli,” katanya,

Sementara itu, majlis sama turut melancarkan kempen ‘Mencari Wajah Kamya’ yang mana 30 pengguna baik lelaki atau wanita akan dipilih untuk menggunakan produk ini selama sebulan secara percuma.

10 pengguna bertuah akan memenangi hadiah berbentuk emas (gold bar), voucher membeli-belah dan hadiah utama berupa percutian ke Langkawi.

Informasi lanjut mengenainya boleh diikuti menerusi laman Instagram dan website rasmi mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Mar 2018

Dr. Pimple Popper to Have Her Own Pimple Popping Show!

Now all ‘popaholics’ can catch a glimpse of her working her magic on a bigger screen.

Hiburan Tue, 3 Jun 2025

Aeril Zafrel Bimbang Wawa dan Anak Dijangkiti Penyakit Ain

Aeril Zafrel bimbang Wawa dan Hayla kena penyakit ain selepas viral niaga kek batik

Featured Fri, 19 Jan 2024

“Demi Allah! Benda Tu Berlaku Secara Spontan” –  Tyzo Nafi Dakwaan Sengaja Mahu Jatuhkan DJ Lin

Allahu, macam tu rupanya, Tyzo tak berniat apa-apa pun diatas ucapannya yang tular tu😪

Hiburan Tue, 10 Mar 2026

Umie Aida Peluk Erat Betty Rahmad Selepas Dihimpit Kontroversi, Titip Kata Semangat – “Biarlah Ada Yang Membenci…” 

Meskipun wajahnya kelihatan sayu, namun Betty dilihat sedaya upaya untuk kelihatan tenang

Featured Tue, 7 Dec 2021
Hiburan Sun, 21 Jun 2026

“Ada Peminat DM, Cakap Vida Dah Kena Rampas” – Roslan Shah Tak Cemburu, Gembira Jika DSV & Fazley Yaakob Bertemu Jodoh

Roslan Shah tidak cemburu atau berkecil hati apabila DSV hangat dikaitkan dengan Datuk Fazley Yaakob.

Featured Thu, 17 Nov 2022
Featured Fri, 26 Jul 2024
Featured Sun, 28 Apr 2024

Demi Nafkah Anak-Anak, Hafidz Roshdi Kesal Individu Hina Pekerjaan 

Tak baik hina pekerjaan orang. Itukan rezeki 🙄

error: Content is protected !!