Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie January 18, 2024 @ 6:59pm

Bapa Anak Empat Seronok ‘Tonton’ Bini Sendiri Diratah 5 Lelaki Lain… Siap Beri Ubat Pelali & Tak Kisah Buat S*ks Tanpa Kond*m

Seorang wanita berdepan detik hitam dalam hidupnya apabila dilayan bagai hamba oleh suaminya sendiri yang rela membenarkan lelaki lain merogolnya secara beramai-ramai di Singapura.

Bapa yang sudah mempunyai empat orang cahaya mata itu tergamak menjemput lima orang lelaki ke rumahnya dan meminta untuk merogol isterinya.

Bahkan, lelaki tersebut telah memberikan ubat pelali kepada isterinya supaya tidak sedar sebelum menonton perbuatan terkeji itu dilakukan di bilik yang berasingan dengan anak-anaknya.

Lebih teruk lagi, kelima-lima lelaki tersebut tidak memakai alat perlindungan atau kondom semasa bersetubuh dengan wanita malang itu.

Difahamkan, dia juga telah merogol isteri dua lelaki yang dijemputnya.

Perlakuan hina suaminya itu bagaimanapun terbongkar selepas isterinya menjumpau imej lucah dirinya sendiri pada telefon bimbit suaminya pada 1 Januari 2020, dan mendapati suaminya dan seorang lelaki lain telah ‘bertukar isteri’.

Memetik laporan Berita Harian, usai laporan polis dibuat, pada Mei 2023, dia yang berusia 42 tahun itu mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi.

Kemudian, pada 17 Januari, lelaki itu, yang mewakili diri sendiri mengemukakan rayuan terhadap Mahkamah Rayuan atas alasan cintanya kepada isteri, anak-anak dan ibu bapa yang semakin tua, dan dia tidak sanggup membiarkan mereka hidup sendiri.

Dia turut meminta hukuman terhadapnya diringankan.

“Hukuman yang dikenakan telah menjejas kehidupan saya, jiwa saya telah mati, yang tinggal hanyalah kekosongan,” katanya.

Dalam pada itu, ibunya yang turut tidak merelakan anaknya dihukum seberat itu merayu kepada mahkamah agar mempertimbangkan hukuman yang bakal dijatuhkan melalui tulisan dalam sepucuk surat.

Dalam surat tersebut, ibunya berkata dia seorang anak yang banyak berbakti, tidak mengabaikan ibu bapa walaupun dia tidak mempunyai wang mencukupi untuk keluarganya.

Ibunya juga menggambarkan bagaimana beliau pernah melihat anaknya itu memesan hanya sayur-sayuran dan telur kukus di kedai kopi.

Sungguhpun begitu, sumber mengatakan Ketua Hakim Negara, Sundaresh Menon, menolak rayuan lelaki berkenaan dengan menegaskan mahkamah perlu berpegang kepada prinsip hukuman yang ada dan menyifatkan hukuman yang dijatuhkan berdasarkan jenayah itu adalah ringan.

“Saya rasa, hakim telah memberi hukuman yang ringan.

“Saya tahu anda berasa hampa, anda menyalahkan diri sendiri… anda perlu hadapi apa yang anda lakukan, dan anda perlu mencari jawapan untuk itu.

“Bagaimanapun, janganlah anda cuba untuk mencadangkan bahawa mahkamah perlu bersikap belas kasihan kepada anda,” tegasnya.

Sumber : BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Feb 2023
Trending Mon, 22 Jun 2020
Hiburan Tue, 3 Mar 2026

Detik Di ICU Ubah Segalanya, A Aida Tampil Berhijab Semula – “Bertudung Sebab Hati”

A Aida turut memaklumkan hatinya terdetik selepas teringat janji bersama ustaz

Hiburan Wed, 18 Mar 2026

Dipuji Merendah Diri, Syatilla Melvin Kongsi Momen Balik Kampung Naik Kereta Api – “Parit Buntaq Aku Datang!”

yatilla mendedahkan ini merupakan pengalaman pertama buat dirinya dan keluarga

Hiburan Mon, 3 Feb 2025
error: Content is protected !!