Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 18, 2024 @ 9:25pm

Pernah Merajuk Dengan Industri Seni, Nadiya Nisaa Mahu Undur Diri? Mujur Rakan Artis Beri Teguran & Hadiahkan Karya Menarik

Pelakon Nadiya Nisaa memaklumkan dia pernah memendam rasa untuk berundur dari bidang lakonan kerana sudah hilang motivasi dalam dirinya.

Nadiya berkata, dia tidak lagi bersemangat untuk mengikuti penggambaran gara-gara beberapa isu yang membelenggu industri seni tanah air yang tiada perubahan seperti dari dahulu sehinggalah sekarang pemberian bonus, penilaian dalam kerja dan sebagainya.

“Ya, saya pernah ada hasrat itu (tinggalkan lakonan) dan ada tanya juga kepada pelakon senior, kalau saya berhenti berlakon apa akan berlaku?

“Tapi, mereka kata industri akan tetap akan sama dan tiada perubahan pun.

“Saya boleh saja kembali berlakon bila-bila masa, sebagaimana pernah dilakukan Datin Sofea Jane.

“Beliau berehat sekejap daripada lakonan sebab nak fokus pada anak dan apabila masuk semula, industri tetap saja masih sama,” katanya.

Sunguhpun begitu, dia tetap menguatkan hatinya untuk terus berkarya dan mencurahkan baktinya dalam menghiburkan orang ramai yang menggemari lakonan hebatnya itu.

Memetik Harian Metro, nasihat daripada rakan-rakan menjadi punca kekuatan untuk dia bertahan.

Bahkan, terdapat pengarah yang mempercayai bakatnya turut memberikan karya-karya terbaik terhadap Nadiya.

“Tapi, apa yang buat saya teruskan juga berlakon lagi sampai sekarang kerana hadir teguran daripada rakan-rakan agar jangan merajuk dan mereka berikan pula karya menarik untuk saya lakonkan dan tidak menolak tawaran itu.

“Apatah lagi, industri kita sebenarnya tidak pernah ketandusan bakat dan cerita kita juga takkan pernah habis.

“Banyak lagi penerbit dan penulis yang nak buat cerita menarik tapi ‘sistem itu’ yang ada kurangnya,” ujarnya.

Sementara itu, Nadiya mengakui lakonan menjadi medium yang dapat mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.

Dia berkata, dia kerap berdoa agar diberikan ilham untuk berkarya.

“Saya selalu merasakan lakonan adalah satu perkara yang spiritual buat saya apabila ingin melakonkan sesuatu watak itu.

“Ia kerana, saya selalu berdoa meminta ilham daripada Allah agar dapat buat persembahan yang baik.

“Alhamdulillah, saya selalu dapat apa yang dimohonkan sebab Allah bagi dan saya sukakan momen itu.

“Jadi, apabila tak ‘shooting’ saya dapat rasa tiada momen ‘intimate’ itu.

“Benda ini agak ‘tricky’ juga sebab bidang kita ini bukanlah tempat yang boleh mencari keredaan sangat pun,” katanya lagi.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Feb 2019

Pengasas Hausboom Tampil Mohon Maaf Dengan Syed Saddiq Tapi…

Azri Zahier turut mohon maaf atas kekasaran bahasanya dalam posting sebelum ini.

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Events Wed, 25 Jul 2018

A Pink Will Be Making a Stop in Kuala Lumpur in Asia Tour

The girls will be returning to the city for another night of fun.

Hiburan Tue, 5 Nov 2024

Nombor Plat Disangka Dari Singapura, Shakilla Khoriri Berang Individu Halang Isi Minyak – “Plat SK Singapura Ke?”

Shakilla Khoriri dilarang isi minyak gara-gara nombor plat disangka Singapura

Featured Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Tipulah Kalau Tak Pernah Buat Silap, Nasib Baik Ada AG!

Waktu awal saya di Kool FM, saya baru ‘berkenalan’ dengan benda-benda ini semua. Dah macam pilot pun ada, tolak tekan itu dan sebagainya. Nak tahu apa jadi?

Featured Sat, 12 Apr 2025
Hiburan Tue, 5 Dec 2023
error: Content is protected !!