Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 25, 2024 @ 2:01pm

Ibu Kandung Musa Tampil Buka Mulut, Bidas Noh Salleh – “Saya Rasa Dimanipulasi & Digunakan Untuk Kepentingan Dia”

Ibu kandung kepada anak angkat selebriti Mizz Nina, Athira (bukan nama sebenar) menuntut agar penyanyi Noh Salleh memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan dalam kenyatannya di program Melodi TV3, baru-baru ini.

Selain itu, Athira menuntut Noh menarik balik kenyataan tersebut serta memadam gambar Musa di media sosial dalam tempoh 24 jam.

Menerusi temu bual yang disiarkan di Melodi TV3 pada 14 Januari lepas, Noh mendakwa Athira memberi kebenaran untuk vokalis kumpulan Hujan itu menjaga Musa dengan rela hati.

Susulan itu, Athira yang ditemui XTRA mendakwa dirinya dimanipulasi oleh Noh.

“Apa yang nak dikongsikan di sini, saya sebagai ibu kandung kepada Musa sangat kecewa dengan apa yang terjadi. Saya rasa dimanipulasi dan digunakan di atas kepentingan dia (Noh).

“Saya juga kecewa kerana dia menggunakan saya dengan menyatakan ‘Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya.’

“Disebabkan itu saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat kerana menggunakan nama saya di media.

“Saya mahukan permintaan maaf secara terbuka daripada Noh. Sebelum ini dia membuat perkongsian menerusi media, jadi saya mahu dia buat permohonan maaf menerusi media juga,” katanya kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Bersubahat Culik Anak Angkat, Ini Jawapan Noh Salleh! – “Saya Dah Buang Ego Contact Dia Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Mizz Nina Hadir Bersama Polis, Noh Salleh Berat Hati Terpaksa Lepaskan Musa – “Hanya Tuhan Tahu Betapa Hancur Hati Saya”

Tambah Athira, tindakan Noh itu dianggap melanggar perjanjian yang sudah dibuat antara mereka sejak daripada awal lagi berkenaan kehidupan dan penjagaan Musa.

“Ingin dijelaskan, saya dimaklumkan mengenai Instagram Noh di mana saya rasa sangat kecewa sebab dia tunjuk muka Musa.

“Dalam kes ni apa yang buat saya kecewa apabila Noh tidak mempunyai hak sebagai penjaga sepenuhnya tetapi dia melanggar perjanjian untuk tidak berkongsi wajah Musa.

“Jadi, saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap saya dan hantaran membabitkan wajah Musa dan saya juga mahukan permohonan maaf secara terbuka daripadanya.

“Sekiranya dia gagal berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, saya akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya lagi.

Terdahulu, Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 39, membuat kenyataan di program Melodi bahawa tiada langsung unsur penculikan seperti yang didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

“Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya. Ini bukannya isu perebutan, tetapi mengikut undang-undang dan disertai dengan dokumen.

“Sekarang Musa di bawah jagaan saya dan sangat gembira. Memang saya difitnah teruk,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Siti Nurhaliza Bukan Pilih Kasih!

Memilih Khai Bahar sebagai rakan duet kerana merasakan suara penyanyi lagu Bayang itu paling bersesuaian untuk menyanyikan lagu berentak zikir. 

Hiburan Sun, 5 Oct 2025

MPO Bawa Penonton Jelajah Dunia Lagenda Menerusi Simfoni Tujuh Watikah

Konsert ini membawa penonton menyusuri perjalanan muzik dan pendidikan yang sarat nilai budaya serta imaginasi.

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Kendall Jenner Dan Boyfriend Rancang Ambil Anak Angkat?

Ambil anak angkat pun best jugak kan! Just wait and see.

Hiburan Wed, 24 May 2023
Hiburan Tue, 23 Apr 2019

‘Kalau Ada Jodoh, Adalah…’- Ara Johari Mengaku Ada Boyfriend?

Sepadan pulak kami tengok korang berdua ni…

Hiburan Fri, 23 Feb 2024
Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Amelia Henderson Segan Digelar ‘Beauty With Brain’

Amelia Henderson anggap dirinya insan biasa yang tidak terlepas daripada kelemahan

Featured Tue, 14 Jan 2025
Featured Thu, 17 Apr 2025
error: Content is protected !!