Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 27, 2024 @ 11:00am

Amylea Bengang Individu Petik Kisah Arwah Bapa Untuk Jual Insurans? -“Yang Komen Pun Bahlul!”

Penyanyi dan pencipta lagu, Amylea Azizan berang selepas kisah Allahyarham bapanya digunakan semula untuk tujuan menjual insurans diplatform media sosial.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab individu tersebut menyebabkan telah jatuh fitnah terhadap arwah bapanya yang meninggal pada 11 Ogos 2021 akibat penyakit jantung.

Justeru, dia memohon pihak yang mengenali individu yang dikenali sebagai @abangtakaful itu memadam posting tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum tindakan saman diambil.

“Sebelum saya saman, tolong bagitahu owner account ni untuk take down dan buat permohonan maaf secara terbuka.

“Disebabkan dia punya posting ni telah jatuh fitnah towards arwah ayah.

“Kau orang faham ke tak? zaman covid hospital kerajaan penuh.

“Kalau nak jual insurans pun beragak lah… Kalau dah sampai posting kau buatkan sakit hati keluarga aku dan membuatkan orang mengata keluarga dan arwah sekali.

“Kalau bapak kau government hospital tak terima sebab full case covid, kau bair macam tu je ke?,” katanya.

Dalam pada itu, Amylea turut menegur warganet yang meninggalkan komen terhadap hantaran berkenaan sekaligus memaklumkan bahawa arwah bapanya telahpun meninggal sejak tiga tahun yang lalu.

“Yang komen pun bahalul, sekali tak tengok tarikh paper? Tak nak bantu tak payah bantu, orang pun sudah lama meninggal dunia,” jelasnya.

Sekadar info, bapa Amylea iaitu Allahyarham Azizan Zainal Abidin, 62, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Pemergian arwah bapanya selepas beberapa hari berada dalam keadaan kritikal dan dikongsi penyanyi berusia 37 tahun itu menerusi laman sosial, Instagram miliknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

与圈外女友交往1年 李吉汉韩国求婚成功

「全民偶像」Daniel李吉汉在韩国向交往1年的圈外女友求婚成功!

Featured Sun, 31 May 2020

MySejahtera Check In mula beroperasi 2 Jun ini

Muat turun aplikasi MySejahtera

Hiburan Wed, 15 Apr 2026

Ariff Bahran Rugi RM425,000, Terkilan Dipandang Rendah Sebagai Penganjur Konsert – “Baru Nak Bina Nama, Macam Saya Tak Layak”

Menurut Ariff, pengalaman pahit itu bukan sahaja memberi kesan kewangan, malah turut menguji keyakinannya untuk terus bergerak dalam bidang penganjuran konsert.

Featured Mon, 21 Jul 2025
Hiburan Tue, 17 Sep 2019
Featured Thu, 12 Jan 2023
error: Content is protected !!